Tukar seting Umum dalam Peta pada Mac
Dalam app Peta pada Mac anda, gunakan seting Umum untuk menyesuaikan penampilan peta anda.
Untuk menukar seting ini, pilih Peta > Seting, kemudian klik Umum.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sentiasa gunakan penampilan peta cerah | Nyahaktifkan mod gelap untuk peta. Lihat Gunakan penampilan cerah atau gelap. | ||||||||||
Gunakan Label Besar | Jadikan label lebih mudah dibaca. | ||||||||||
Sentiasa Tunjukkan Label dalam [bahasa] | Setkan bahasa pilihan anda. Lihat Tukar bahasa yang digunakan oleh Mac anda. | ||||||||||
Tunjukkan Keadaan Cuaca | Sertakan maklumat tentang cuaca pada peta. Nota: Maklumat cuaca tidak tersedia di semua negara atau rantau. | ||||||||||
Tunjukkan Indeks Kualiti Udara (IPU) | Tunjukkan maklumat tentang kualiti udara pada peta. Indeks Kualiti Udara (IPU) menggunakan maklumat daripada tapak pemantauan untuk mengukur paras pencemaran udara. Nilai IPU berjulat daripada 0-500; nilai lebih rendah menandakan kualiti udara yang lebih baik. Nota: Data kualiti udara tidak tersedia di semua negara atau rantau. | ||||||||||
Sentiasa tunjukkan Kompas | Tunjukkan kompas di penjuru kanan bawah pada peta. | ||||||||||
Sentiasa tunjukkan Kawalan Zum | Tunjukkan butang zum keluar dan zum masuk di penjuru kanan bawah pada peta. |