Gunakan bilik perbualan
Penggunaan bilik perbualan adalah sama seperti mengambil bahagian dalam perbualan kumpulan, tetapi anda tidak perlu jemputan untuk menyertai bilik perbualan.
Semua pengguna bilik perbualan mesti menggunakan akaun Jabber. iMessage tidak menyokong bilik perbualan, tetapi anda boleh mempunyai perbualan kumpulan dengan iMessage.
Cipta atau sertai bilik perbualan
Pilih Fail > Pergi ke Bilik Perbualan.
Klik menu timbul Akaun dan pilih akaun pemesejan yang anda mahu gunakan, kemudian lakukan satu daripada yang berikut:
Cipta atau sertai bilik perbualan: Masukkan nama bilik perbualan dalam medan Nama Bilik, kemudian klik Pergi.
Menyimpan bilik perbualan: Masukkan nama bilik perbualan dalam medan Nama Bilik, kemudian klik butang Tambah . Untuk masuk ke bilik perbualan, klik Pergi.
Ketika anda berada di dalam bilik perbualan, anda boleh menjemput lebih ramai orang. Klik butang Tambah , pilih seseorang, masukkan mesej jemputan, kemudian klik Jemput.
Hadkan sejarah mesej yang dipaparkan apabila anda menyertai bilik perbualan
Anda boleh memilih berapa mesej perbualan sebelumnya untuk ditunjukkan apabila anda menyertai bilik perbualan. Anda boleh menggunakan seting ini untuk melihat perbualan yang berlaku sebelum anda menyertai bilik perbualan.
Pilih Mesej > Keutamaan.
Klik Akaun, kemudian pilih akaun Jabber.
Klik Seting Perbualan.
Pilih “Dalam bilik perbualan, tunjukkan,” kemudian pilih pilihan dari menu timbul.