Cipta kad kenalan
Anda boleh mencipta kad kenalan untuk rakan terus daripada app Mesej. Selepas anda mencipta kad kenalan, anda boleh menghantar mesej ke orang itu dengan mudah dengan menaip nama mereka dalam medan Kepada dalam tetingkap Mesej, atau dengan mengklik butang Tambah bersebelahan medan Kepada dan memilih mereka daripada senarai.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kenalan, lihat Tambah kenalan.
Cipta kad kenalan untuk seseorang
Pilih perbualan atau seseorang dalam senarai kawan, kemudian pilih Kawan > Cipta Kenalan Baru.
Jika anda melihat Tunjukkan Kad Kenalan dan bukannya Cipta Kenalan Baru, anda telah mempunyai kad untuk orang itu.
Isikan medan dalam kad kenalan. Pastikan untuk masukkan sebarang akaun mesej segera yang anda mahu gunakan untuk menghantar mesej kepada orang itu.
Cipta satu kad kenalan bagi seseorang yang mempunyai berbilang nama kawan
Jika anda menunjukkan kawan untuk semua akaun aktif anda dalam satu senarai dan senarai mengandungi berbilang entri untuk seorang, anda boleh menambah semua akaun orang tersebut ke kad tunggal kenalan dengan cepat.
Command-klik semua entri untuk orang dalam senarai kawan, kemudian pilih Kawan > Tetapkan Kawan ke Satu Kad Alamat.
Dalam Kenalan, edit kad baru untuk menentukan nama pertama dan akhir.