Uruskan pemberitahuan daripada Mesej pada Mac
Anda boleh memilih untuk mendapatkan pemberitahuan bagi setiap mesej baharu, setiap kali nama anda disebut, atau apabila anda menerima mesej daripada orang yang tidak dikenali. Anda juga boleh terus menyahaktifkan pemberitahuan.
Uruskan pemberitahuan untuk setiap perbualan
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih perbualan.
Klik butang Butiran di penjuru kanan atas, kemudian pilih Sembunyikan Isyarat untuk menghentikan pemberitahuan; untuk mendapatkan pemberitahuan mesej lagi, nyahpilih Sembunyikan Isyarat.
Jika anda mempunyai trackpad atau Magic Mouse, anda juga boleh meleret ke kiri dengan dua jari pada perbualan dalam bar sisi, kemudian klik butang Sembunyikan Isyarat .
Urus semua pemberitahuan
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih Mesej > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Maklumkan saya tentang mesej daripada kenalan yang tidak diketahui: Pilih ini jika anda mahu dimaklumkan apabila anda menerima mesej daripada seseorang yang tidak mempunyai kad kenalan dalam app Kenalan (walaupun jika perbualan disenyapkan).
Maklumkan saya apabila nama saya disebut: Pilih jika anda mahu dimaklumkan apabila nama anda disebut (walaupun jika perbualan disenyapkan).
Mainkan kesan bunyi: Pilih untuk mendengar kesan bunyi lalai apabila mana-mana peristiwa di atas berlaku atau anda menerima mesej baharu.
Pilih bunyi lalai daripada menu timbul “Bunyi mesej diterima”.
Anda boleh mengesetkan pilihan dalam keutamaan Pemberitahuan untuk menyahaktifkan semua pemberitahuan bagi Mesej, menukar cara pemberitahuan kelihatan dan banyak lagi. Untuk menjedakan pemberitahuan daripada Mesej, aktifkan Jangan Ganggu atau Fokus lain.