Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tukar seting dalam Mesej pada Mac
Gunakan seting Mesej untuk menyediakan dan mengaktifkan iMessage, menukar pilihan bagi menghantar dan menerima mesej, serta mengaktifkan Dikongsi dengan Anda.
Pergi ke app Mesej pada Mac anda.
Pilih Mesej > Seting, kemudian klik pilihan di bahagian atas tetingkap:
Umum: Tukar pilihan umum seperti saiz teks lalai atau bunyi yang dimainkan apabila anda menerima mesej.
iMessage: Sediakan dan aktifkan iMessage. Tentukan pilihan seperti cara anda boleh dicapai untuk mesej dan jika anda mahu menghantar resit dibaca.
Dikongsi dengan Anda: Aktifkan Dikongsi dengan Anda untuk setiap app yang mahu melihat kandungan yang telah dikongsi dengan anda.
Untuk mengetahui tentang pilihan, klik di bahagian bawah tetingkap.