Rombak atau ulang lagu dalam Apple Music pada Windows
Anda boleh merombak semua lagu dan album dalam pustaka anda (memainkannya dalam tertib rawak) atau hanya merombak senarai main atau album. Anda juga boleh mengulang lagu individu, senarai main atau album.
Pergi ke app Apple Music pada peranti Windows anda.
Mainkan muzik daripada pustaka anda atau strim muzik daripada Apple Music.
Nota: Lagu perlu dimainkan sebelum anda boleh menggunakan rombak atau ulang.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Aktifkan rombak: Pilih dalam kawalan main balik.
Apabila rombak aktif, butang bertukar warna dan muzik dimainkan dalam tertib rawak.
Ulangi semua lagu dalam paparan semasa (contohnya, senarai main): Pilih . Ulang aktif apabila butang bertukar warna.
Ulangi lagu yang sedang dimainkan: Pilih sehingga nombor 1 kelihatan .
Nyahaktifkan ulang: Pilih sehingga butang menjadi kelabu.
Petua: Untuk merombak lagu dalam album atau senarai main dengan cepat, pilih album atau senarai main, kemudian pilih Rombak .