Mainkan lagu daripada pustaka anda dalam Apple Music pada Windows
Anda boleh menggunakan kawalan dalam tetingkap Apple Music untuk mengulangi lagu, menukar susunan lagu dimainkan dan banyak lagi.
Pergi ke app Apple Music pada peranti Windows anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut untuk mencari muzik dalam pustaka muzik anda:
Cari lagu atau album tertentu: Pilih sebarang item di bawah Pustaka dalam bar sisi. Sebagai contoh, pilih Album untuk melihat semua album dalam pustaka anda.
Pilih bersebelahan Pustaka, kemudian pilih Tunjukkan Item Dimuat Turun Sahaja untuk melihat hanya muzik yang disimpan pada peranti Windows anda.
Pilih senarai main: Pilih senarai main di bawah Senarai Main dalam bar sisi.
Cari dalam pustaka muzik anda: Lihat Cari muzik.
Dwiklik atau dwiketik lagu atau album.
Anda juga boleh merombak atau mengulang lagu, membariskan lagu dalam tertib khusus, mengisihnya, atau menghalang lagu daripada dimainkan.