Tukar tempat fail muzik anda disimpan pada Windows
Secara lalai, muzik anda disimpan di sini:
Utama\Muzik\Apple Music
Anda boleh menukar tempat fail muzik anda disimpan.
Penting: Untuk hasil terbaik, jangan tukar lokasi folder Apple Music atau folder dalamnya.
Tukar tempat fail yang diimport disimpan
Pergi ke app Apple Music pada peranti Windows anda.
Pilih di bahagian atas bar sisi, pilih Seting, kemudian pilih Fail.
Pilih , pilih Tukar, kemudian pilih lokasi baharu untuk fail anda.
Mulai saat ini, lagu baharu dan item lain yang anda import disimpan dalam lokasi baharu. Lagu yang telah anda import kekal dalam lokasi semasanya.
Jika anda menukar fikiran anda dan mahu menyimpan fail penting dalam folder lali lagi, pilih di bahagian atas bar sisi, pilih Seting, pilih Fail, pilih , kemudian pilih Reset.
Tambah fail ke pustaka anda tetapi tidak pada folder Apple Music anda
Apabila anda menambah item yang sedia ada dalam komputer anda ke pustaka anda, Apple Music meletakkan salinan fail dalam folder Apple Music anda. Fail asal kekal di lokasi semasanya.
Anda boleh menukar seting ini agar fail ditambah pada pustaka anda tanpa ditambah ke folder Apple Music. Anda juga mungkin ingin melakukan ini jika anda lebih suka menyimpan fail pada cakera luaran tetapi masih mahu melihatnya dalam Apple Music.
Pergi ke app Apple Music pada peranti Windows anda.
Pilih di bahagian atas bar sisi, pilih Seting, kemudian pilih Fail.
Nyahaktifkan pilihan “Salin fail ke folder Media Muzik apabila menambah ke pustaka”.
Mulai saat ini, apabila anda menyeret fail ke pustaka anda, item kelihatan dalam Apple Music, tetapi fail sebenar tidak disalin atau dialihkan.
Petua: Anda boleh menterbalikkan seting ini buat sementara dengan menahan kekunci Alt semasa anda menyeret fail ke tetingkap Apple Music.
Cari fail Apple Music anda
Pergi ke app Apple Music pada peranti Windows anda.
Lakukan satu daripada berikut:
Ketahui tempat fail disimpan: Pilih untuk lagu, pilih Sifat, kemudian pilih Fail.
Laluan kepada fail ditunjukkan di bahagian bawah anak tetingkap (bersebelahan lokasi).
Tunjukkan fail dalam Penjelajah Fail: Pilih untuk item, kemudian pilih Tunjukkan dalam Penjelajah.
Jika anda tidak melihat Tunjukkan dalam Penjelajah, fail mungkin berada dalam pustaka muzik anda dan bukan pada komputer anda.
Jika lagu tidak lagi kelihatan dalam Apple Music
Jika lagu yang biasanya kelihatan dalam Apple Music sudah tiada sekarang, ia mungkin kerana pustaka muzik atau lagu telah dialihkan daripada folder Apple Music. Untuk menjadikan lagu anda kelihatan dalam tetingkap Apple Music lagi, cuba yang berikut dalam tertib ini:
Cari folder Apple Music anda dalam Penjelajah Fail pada peranti Windows anda, kemudian seretnya ke tetingkap Apple Music. Anda seharusnya dapat melihat kembali lagu tersebut dalam pustaka anda. Jika fail pustaka muzik disertakan, anda juga akan melihat senarai main, penilaian lagu dan maklumat lain yang anda cipta.
Jika ini tidak berhasil, lagu anda mungkin berada di tempat lain pada komputer anda. Dalam Penjelajah Fail, cari lagu mengikut tajuk atau artis. Atau cari “MP4” untuk mencari fail yang dimuat turun daripada iTunes Store atau “MP3” untuk mencari lagu yang dikodkan dalam format MP3. Seret lagu (atau folder yang mengandungi lagu) pada tetingkap Apple Music untuk menambah lagu ke Apple Music lagi.