Cipta, edit dan padam senarai main dalam Apple Music pada Windows
Anda boleh mencipta senarai main untuk sesuai dengan perasaan tertentu atau untuk menyusun lagu dengan tema tertentu.
Senarai main yang anda cipta mempunyai ikon Senarai Main bersebelahannya.
Anda juga boleh mencipta Senarai Main Pintar yang dikemas kini secara automatik berdasarkan kriteria yang anda pilih.
Nota: Apple Music tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Cipta senarai main kosong
Pergi ke app Apple Music pada peranti Windows anda.
Pilih bersebelahan Senarai Main dalam bar sisi, kemudian pilih Senarai Main Baharu.
Taipkan tajuk senarai main, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut (pilihan):
Di atas tajuk, pilih untuk menambahkan karya seni untuk senarai main, kemudian pilih fail imej atau item daripada pustaka foto anda.
Di bawah tajuk, taipkan perihalan untuk senarai main.
Pilih “Tunjuk dalam Profil Saya dan Carian” untuk berkongsi senarai main dalam profil Apple Music anda. Lihat Pilih muzik untuk dikongsi dengan pengikut anda.
Pilih Cipta.
Tambah item ke senarai main
Pergi ke app Apple Music pada peranti Windows anda.
Pilih Laman Utama, Baharu atau mana-mana pilihan di bawah Pustaka dalam bar sisi untuk melihat lagu yang anda mahu tambahkan ke senarai main anda.
Untuk menambah item ke senarai main, lakukan mana-mana daripada berikut:
Daripada mana-mana dalam pustaka muzik anda, seret item ke senarai main dalam bar sisi.
Pilih untuk lagu atau album, pilih Tambah ke Senarai Main, kemudian pilih senarai main.
Dalam senarai main, skrol ke bawah ke Lagu Dicadangkan, kemudian pilih .
Jika anda mahu pradengar lagu, pilih pada kulit album. Atau jika anda mencari lebih banyak cadangan, pilih Segar Semula.
Petua: Untuk menambah lagu ke senarai main tanpa menambahnya ke pustaka anda, pilih butang di bahagian atas bar sisi, pilih Seting, pilih Lanjutan, kemudian nyahaktifkan “Tambah lagu ke Pustaka apabila menambah ke senarai main”.
Cipta senarai main dengan lagu
Pergi ke app Apple Music pada peranti Windows anda.
Pilih Laman Utama, Baharu atau mana-mana pilihan di bawah Pustaka dalam bar sisi untuk melihat lagu yang anda mahu tambahkan ke senarai main anda.
Pilih untuk lagu atau album, pilih Tambah ke Senarai Main, kemudian pilih Senarai Main Baharu.
Senarai main baharu muncul dalam bar sisi, di bawah Senarai Main.
Edit senarai main
Anda boleh menamakan semula senarai main, menukar karya seni dan membuat perubahan lain.
Nota: Hos senarai main kolaboratif boleh membuat sebarang perubahan kepada senarai main. Peserta lain hanya boleh menambah, mengeluarkan dan menyusun semula lagu dalam senarai main.
Pergi ke app Apple Music pada peranti Windows anda.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Namakan semula senarai main: Pilih , kemudian masukkan nama baharu.
Tukar karya seni: Pilih , kemudian pilih kulit album praset atau pilih untuk menambah kulit album anda sendiri.
Tunjukkan (atau sembunyikan) senarai main dalam profil Apple Music anda: Pilih , kemudian pilih (atau nyahpilih) “Tunjuk dalam Profil Saya dan Carian”.
Tambahkan lagu yang dicadangkan ke senarai main: Di bawah Lagu Dicadangkan (anda mungkin perlu menskrol ke bawah), pilih .
Jika anda mahu pradengar lagu, pilih pada kulit album. Atau jika anda mencari lebih banyak cadangan, pilih Segar Semula.
Tukar tertib lagu: Pilih di penjuru kanan atas, pilih Lihat Sebagai, kemudian pilih tertib isihan. Apabila anda memilih untuk mengisih mengikut Tertib Senarai Main, anda boleh menyusun semula lagu dengan menyeret.
Keluarkan item: Pilih untuk lagu atau album, kemudian pilih Keluarkan daripada Senarai Main. Secara pilihan, pilih item dan tekan kekunci Backspace.
Jika lagu yang dipadam sudah berada dalam pustaka anda, mengeluarkannya daripada senarai main tidak akan mengeluarkannya daripada pustaka atau peranti storan anda.
Padam senarai main
Jika anda memadamkan senarai main, lagu dalam senarai main kekal dalam pustaka anda dan pada komputer anda.
Selain senarai main yang anda cipta, terdapat senarai main yang dicipta oleh penyumbang Apple Music. Lihat tambah dan muat turun muzik.