Laraskan kualiti bunyi dalam Apple Music pada Windows
Dengan penyama Apple Music, anda boleh menala halus frekuensi tertentu pada spektrum bunyi. Anda boleh menyesuaikan bunyi untuk genre berlainan, bilik dalam rumah anda atau speaker tertentu. Anda boleh memilih daripada lebih 20 praset bagi seting penyama yang paling biasa digunakan atau laraskan seting secara manual dan simpan seting tersuai anda sebagai praset yang boleh anda gunakan sekali lagi.
Anda juga boleh menambah kedalaman dan menghidupkan kualiti muzik anda dengan melaraskan Peningkat Bunyi.
Gunakan penyama Apple Music
Pergi ke app Apple Music pada peranti Windows anda.
Pilih Aktif untuk mengaktifkan penyama.
Lakukan satu daripada berikut:
Pilih pilihan praset daripada menu timbul.
Seret gelangsar frekuensi (juga dikenali sebagai pemudar) ke atas atau bawah untuk meningkatkan atau mengurangkan kelantangan frekuensi (dalam desibel).
Seting penyama digunakan pada semua lagu sehingga anda menukar seting, kecuali lagu yang mempunyai praset penyama ditetapkan padanya.
Pilih praset penyama untuk lagu khusus
Pergi ke app Apple Music pada peranti Windows anda.
Pilih untuk lagu, pilih Sifat, kemudian pilih Pilihan.
Pilih seting daripada menu timbul penyama.
Untuk memilih praset bagi lagu lain, gunakan atau di bahagian bawah bar sisi.
Pilih OK.
Praset penyama yang anda pilih digunakan pada lagu pada bila-bila masa anda memainkannya.
Laraskan Peningkat Bunyi
Peningkat Bunyi meningkatkan “keluasan” anggapan kesan stereo dengan mengubah suai respons bes dan trebel.