Mainkan radio Apple Music dalam Muzik pada Mac
Radio Apple Music menawarkan stesen radio sentiasa aktif yang dicipta oleh pakar, termasuk Apple Music 1, Apple Music Hits dan Apple Music Country, serta koleksi stesen berdasarkan genre berbeza. Stesen ini memberikan cara yang hebat untuk menerokai dan menikmati muzik baru, atau mengikuti muzik kegemaran anda. Anda juga boleh mencipta stesen tersuai anda sendiri, berdasarkan pilihan artis, lagu, atau genre anda.
Mainkan stesen
Dalam app Muzik pada Mac anda, klik Radio di bawah Apple Music dalam bar sisi.
Klik butang Main (atau gunakan Touch Bar) pada sebarang stesen, rancangan, atau senarai main.
Untuk sesetengah stesen, anda boleh klik butang Seterusnya untuk melangkau ke lagu seterusnya.
Cipta stesen
Anda boleh mencipta stesen di mana-mana sahaja dalam Muzik yang anda boleh mainkan lagu.
Dalam app Muzik pada Mac anda, klik sebarang pilihan di bawah Pustaka dalam bar sisi. Sebagai contoh, klik Lagu untuk melihat semua lagu dalam pustaka anda.
Pilih item, klik butang Lagi , kemudian pilih Cipta Stesen.
Stesen baru tersedia dalam senarai Terbaru Dimainkan (dalam Radio di bawah Apple Music dalam bar sisi).