Tukar keutamaan Umum dalam Muzik pada Mac
Dalam app Muzik pada Mac anda, gunakan anak tetingkap Umum dalam keutamaan Muzik untuk menentukan nama pustaka, kemudian pilih cara untuk menunjukkan senarai dan banyak lagi.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih Muzik > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Selaraskan Pustaka | Pilih untuk mengakses pustaka muzik anda pada komputer ini. Nota: Pilihan ini muncul jika anda mendaftar masuk sebagai pelanggan Apple Music atau iTunes Match. | ||||||||||
Muat Turun Automatik | Apabila anda membuat pembelian daripada iTunes Store pada iPhone, iPad, iPod touch anda, atau komputer lain, item yang dibeli boleh dimuat turun secara automatik ke komputer ini. Nota: Pilihan ini muncul jika anda mendaftar masuk sebagai pelanggan Apple Music atau iTunes Match. | ||||||||||
Sentiasa semak untuk muat turun yang tersedia | Muzik memaparkan bilangan item yang anda telah beli sebelum ini daripada iTunes Store tetapi tidak memuat turun. Nota: Pilihan ini muncul jika anda mendaftar masuk sebagai pelanggan Apple Music atau iTunes Match. | ||||||||||
iTunes Store | Paparkan atau sembunyikan iTunes Store dalam bar sisi. | ||||||||||
Penilaian bintang | Paparkan atau sembunyikan penilaian bintang untuk lagu. | ||||||||||
Kotak semak senarai lagu | Paparkan atau sembunyikan kotak semak apabila melihat item dalam pustaka anda dalam senarai. | ||||||||||
Saiz Senarai | Tukar saiz teks apabila melihat item dalam pustaka anda dalam senarai. | ||||||||||
Apabila lagu bertukar | Paparkan pemberitahuan daripada Pusat Pemberitahuan apabila lagu baru mula dimainkan. | ||||||||||
Apabila CD dimasukkan | Jika komputer anda mempunyai pemacu CD atau DVD, atau jika anda mempunyai pemacu luaran yang disambungkan ke komputer anda, pilih perkara yang berlaku apabila anda memasukkan CD. | ||||||||||
Ambil nama trek CD secara automatik daripada Internet | Jika komputer anda mempunyai pemacu CD atau DVD, atau jika anda mempunyai pemacu luaran yang disambungkan ke komputer anda, pilih untuk memaparkan lagu dan nama artis secara automatik apabila anda memasukkan CD audio. (Untuk mengambil nama trek, anda mesti disambungkan ke Internet.) |