Cari item dan duplikasi dalam Muzik pada Mac
Anda boleh mencari item dengan cepat dalam pustaka atau senarai main anda.
Cari item dalam pustaka atau senarai main anda
Dalam app Muzik pada Mac anda, klik dalam medan carian di bahagian penjuru kiri atas tetingkap Muzik dan masukkan perkataan atau frasa.
Sambil anda menaip, Muzik memaparkan senarai item yang sepadan dengan teks carian yang anda masukkan. Untuk memilih tempat yang anda mahu cari, klik Apple Music, Pustaka Anda, atau iTunes Store di bahagian penjuru kanan atas tetingkap.
Jika anda tidak melihat iTunes Store, pilih Muzik > Keutamaan, klik Umum, pastikan iTunes Store dipilih, kemudian klik OK.
Tekan Return.
Hasil carian anda muncul dalam tetingkap Muzik.
Untuk melihat semua item anda sekali lagi, padamkan teks daripada medan carian (atau tekan kekunci Esc).
Petua: Untuk memadamkan teks dengan cepat, klik butang Padam dalam medan carian.
Anda tidak dapat mencari penyenaraian radio.
Cari duplikasi
Anda boleh mencari setiap tika lagu daripada artis yang sama di mana-mana dalam pustaka muzik anda. Contohnya, lagu yang sama dapat muncul pada album artis dan lagu tema filem.
Anda juga boleh mencari duplikasi tepat, yang mana dalam lagu, artis, album dan versi adalah semuanya sama (jika, contohnya, anda mengimport lagu yang sama dua kali secara tidak sengaja).
Dalam app Muzik pada Mac anda, klik Lagu dalam bar sisi di sebelah kiri.
Pilih item, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Cari setiap tika lagu daripada artis yang sama daripada sebarang album dalam pustaka anda: Pilih Fail > Pustaka > Tunjukkan Item Duplikasi.
Cari duplikasi tepat: Tahan kekunci Option, kemudian pilih Fail > Pustaka > Tunjukkan Item Duplikasi Tepat.
Selepas anda menemui item duplikasi, anda boleh memadamkannya jika anda mahu mengemaskan pustaka anda.
Untuk melihat semua item lagi, klik Selesai di bahagian penjuru kanan bawah atau pilih Fail > Pustaka > Tunjukkan Semua Item.