Pengenalan kepada senarai main dalam Muzik pada Mac
Senarai main ialah kompilasi tersuai lagu dan video muzik. Anda mungkin mahu mencipta senarai main untuk melakukan yang berikut:
Sesuai dengan perasaan atau keraian. Contohnya, anda boleh mencipta senarai main untuk parti makan malam, perkahwinan atau senaman pagi anda.
Pilih lagu tertentu untuk dikongsi dengan orang lain pada rangkaian setempat anda atau untuk menyelaraskan dengan iPhone, iPad, atau iPod touch anda.
Bakar CD lagu.
Uruskan pustaka muzik anda.
Terdapat empat jenis senarai main; anda mencipta jenis pertama dengan sendiri dengan menyeret item padanya dan Muzik mencipta yang lain untuk anda.
Senarai Main Pintar: Anda tentukan kriteria untuk Muzik gunakan dan Muzik akan mencipta Senarai Main Pintar yang dikemas kini secara automatik apabila pustaka anda berubah.
Genius Shuffle: Muzik memilih lagu, kemudian memainkan lagu yang sesuai dimainkan bersamanya.
Senarai Main Genius: Anda pilih lagu dalam pustaka anda dan Muzik mencipta Senarai Main Genius dengan muzik yang serupa dalam pustaka anda.
Perubahan yang anda lakukan ke pustaka muzik anda (contohnya mencipta senarai main) dikemas kini merentas semua peranti anda apabila Selaraskan Pustaka diaktifkan dalam seting Umum. Jika anda bukan pelanggan Apple Music, perubahan muncul dalam pustaka anda kali seterusnya anda menyelaraskan peranti anda dengan Muzik pada komputer anda.
Nota: Apple Music tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Apabila anda menyertai Apple Music, terdapat beberapa jenis senarai main lain yang tersedia:
Senarai main Lagu Kegemaran: Lihat Tandakan item sebagai kegemaran.
Senarai main yang dicipta oleh mana-mana penyumbang Apple Music: Lihat Tambah muzik ke pustaka anda.
Senarai main yang dicipta oleh pelanggan lain yang anda ikuti: Semak Lihat perkara yang rakan sedang dengar.
Senarai main istimewa (seperti Main Semula): Lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Music Replay anda.
Senarai main kolaboratif: Lihat Bekerjasama pada senarai main dan Sertai senarai main kolaboratif.