Gunakan Pemain Mini Muzik pada Mac
Pemain Mini menggunakan ruang yang sangat sedikit pada skrin anda dan masih membolehkan anda melaraskan kelantangan, mencari lagu, memilih lagu seterusnya untuk dimainkan dan banyak lagi.
Pemain Mini memaparkan karya seni album untuk lagu yang sedang dimainkan. Apabila anda menggerakkan penuding ke atas karya seni, kawalan muncul.
Anda juga boleh mengecilkan tetingkap Pemain Mini kepada saiz yang lebih kecil.
Dalam app Muzik pada Mac anda, pilih Tetingkap > Tukar kepada Pemain Mini.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Kecilkan kepada tetingkap Pemain Mini yang lebih kecil: Dalam baris kawalan, klik butang Lagi , kemudian pilih Sembunyikan Karya Seni Besar Pemain Mini.
Untuk kembali ke Pemain Mini penuh, klik butang Lagi , kemudian pilih Tunjukkan Karya Seni Besar Pemain Mini.
Tunjukkan lirik: Klik butang Lirik .
Untuk melihat Pemain Skrin Penuh, klik butang hijau di penjuru kiri atas tetingkap Pemain Mini.
Lihat dan edit senarai lagu akan datang: Klik butang Main Seterusnya di penjuru kanan bawah tetingkap Pemain Mini.
Untuk mengekalkan Pemain Mini di latar depan pada desktop anda, pilih Muzik > Keutamaan, klik Lanjutan, kemudian pilih “Letakkan pemain mini di atas semua tetingkap lain”.