Cipta senarai main dalam Muzik pada Mac
Anda boleh mencipta senarai main agar sesuai dengan perasaan tertentu, untuk menyusun lagu mengikut tema khusus, atau untuk mengumpulkan lagu yang anda mahu bakar ke CD.
Senarai main yang anda cipta mempunyai ikon ini bersebelahannya.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Mainkan senarai main R&B.” Ketahui lebih lanjut tentang Siri.
Anda juga boleh mencipta Senarai Main Pintar yang dikemas kini secara automatik berdasarkan peraturan yang anda pilih atau mencipta Senarai Main Genius yang menyertakan muzik dalam pustaka anda yang serupa dengan lagu yang dipilih.
Cipta senarai main
Dalam app Muzik pada Mac anda, pilih Fail > Baru > Senarai Main.
Taipkan nama untuk senarai main.
Tambah item ke senarai main
Dalam app Muzik pada Mac anda, pilih senarai main dalam bar sisi di sebelah kiri dan lakukan mana-mana yang berikut:
Daripada mana-mana dalam pustaka muzik anda, seret item ke senarai main dalam bar sisi di sebelah kiri.
Control-klik item, pilih Tambah ke Senarai Main, kemudian pilih senarai main.
Petua: Untuk menambah lagu ke senarai main tanpa menambahnya ke pustaka anda, pilih Muzik > Keutamaan, klik Lanjutan, kemudian nyahpilih “Tambah lagu ke Pustaka apabila menambah ke senarai main”.
Edit senarai main
Dalam app Muzik pada Mac anda, pilih senarai main dalam bar sisi di sebelah kiri dan lakukan mana-mana yang berikut:
Tukar tertib lagu: Seret lagu ke tertib yang anda mahukan atau pilih Lihat > Isih Mengikut.
Keluarkan item: Pilih item dan tekan kekunci Delete.
Jika lagu yang dipadam sudah berada dalam pustaka anda, mengeluarkannya daripada senarai main tidak akan mengeluarkannya daripada pustaka atau peranti storan anda.
Padam senarai main
Dalam app Muzik pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Pilih senarai main dalam bar sisi di sebelah kiri, kemudian tekan kekunci Delete.
Control-klik senarai main dalam bar sisi di sebelah kiri, kemudian pilih Padam daripada Pustaka
Lihat Padamkan lagu dan item lain.