Pilih artis sebagai kegemaran dalam Apple Music pada Mac
Apabila anda melanggan Apple Music, anda boleh mendapat pemberitahuan tentang keluaran baharu daripada artis kegemaran anda dan pergi kembali ke muzik mereka dengan mudah daripada Dengar.
Nota: Bukan semua ciri tersedia dalam Pelan Apple Music Voice. Apple Music dan Apple Music Voice tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Pilih artis sebagai kegemaran
Dalam app Muzik pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut untuk mencari artis yang anda mahu pilih sebagai kegemaran:
Navigasi melalui tetingkap Muzik: Klik sebarang item dalam bar sisi, cari muzik mengikut artis, kemudian klik nama mereka.
Cari dalam katalog Apple Music: Lihat Cari muzik.
Pada halaman artis, klik butang Kegemaran .
Anda menerima pemberitahuan tentang keluaran baharu daripada semua artis yang anda pilih sebagai kegemaran. Lihat Urus pemberitahuan daripada Muzik.
Selepas anda memilih sekurang-kurangnya tiga artis sebagai kegemaran, anda boleh menemui muzik dan senarai main mereka dengan mudah apabila anda mengklik Dengar dalam bar sisi dan menskrol ke Artis Kegemaran dalam tetingkap Muzik utama.
Keluarkan artis sebagai kegemaran
Dalam app Muzik pada Mac anda, klik Dengar dalam bar sisi.
Skrol ke Artis Kegemaran dalam tetingkap Muzik utama, kemudian pilih artis yang anda mahu keluarkan sebagai kegemaran.
Pada halaman artis, klik butang Keluarkan Kegemaran .
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Apple Music melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih kandungan yang anda kongsi, pilih Bantuan > Perihal Apple Music & Privasi.