Tandakan item sebagai kegemaran dalam Apple Music pada Mac
Anda boleh menandakan item sebagai “kegemaran” dalam Muzik untuk menjadikannya lebih mudah dicari. Jika anda melanggan Apple Music, anda boleh menerima pemberitahuan pada keluaran baharu daripada artis kegemaran anda dan kembali ke muzik mereka dengan mudah daripada skrin Laman Utama.
Nota: Apple Music tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Tambah item sebagai kegemaran
Pergi ke app Muzik pada Mac anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah album kegemaran: Klik Terbaru Ditambah atau Album dalam bar sisi, kemudian klik di bawah karya seni album.
Tambah lagu kegemaran: Klik Lagu dalam bar sisi, gerakkan penuding ke atas sebarang lagu, kemudian klik dalam lajur Kegemaran. Atau klik untuk lagu, kemudian pilih Kegemaran.
Petua: Jika lagu sedang bermain, klik dalam kawalan main balik di bahagian atas tetingkap Muzik untuk menandakannya sebagai kegemaran dengan cepat.
Apabila anda menandakan lagu sebagai kegemaran, ia kelihatan dalam senarai main Lagu Kegemaran (di bawah Senarai Main dalam bar sisi). Secara tambahkan, ia ditambahkan ke pustaka anda secara automatik.
Untuk menambahkan lagu sebagai kegemaran tanpa menambahnya ke pustaka anda, pilih Muzik > Seting, klik Lanjutan, kemudian nyahpilih Kegemaran di bawah “Tambah lagu ke Pustaka apabila menambah ke”.
Tambah senarai main kegemaran: Klik senarai main dalam bar sisi, klik (di sebelah kanan), kemudian pilih Kegemaran.
Tambah artis kegemaran: Klik Artis dalam bar sisi, pilih artis, kemudian klik di sebelah kanan nama mereka.
Jika anda melanggan Apple Music dan anda menambah artis sebagai kegemaran, anda menerima pemberitahuan secara automatik apabila mereka mengeluarkan muzik baharu.
Item kegemaran anda boleh dikenal pasti dengan mudah dengan butang Digemari yang diserlahkan . Anda juga boleh mencari item kegemaran dalam pustaka muzik anda dengan mudah—klik sebarang pilihan di bawah Pustaka, klik menu timbul Isih di penjuru kanan atas, kemudian pilih Hanya Kegemaran.
Keluarkan item sebagai kegemaran
Pergi ke app Muzik pada Mac anda.
Klik sebarang pilihan di bawah Pustaka (atau sebarang senarai main) dalam bar sisi.
Item kegemaran anda boleh dikenal pasti dengan butang Digemari yang diserlahkan .
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Klik butang Kegemaran (ia kelihatan seperti ini atau ini ) untuk menyahpilihnya.
Klik butang Lagi (ia kelihatan seperti ini , ini , atau ini ), kemudian pilih Buat Asal Menggemari untuk mengeluarkan tanda semak.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Apple Music melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih kandungan yang anda kongsi, pilih Bantuan > Perihal Apple Music & Privasi.