Lihat dan masukkan lirik dalam Muzik pada Mac
Jika anda ialah pelanggan Apple Music, anda boleh melihat lirik untuk lagu yang sedang dimainkan, apabila tersedia.
Untuk lagu lain, anda boleh memasukkan lirik dalam Muzik dan melihatnya pada bila-bila masa. Anda tidak boleh menambah lirik pada sesetengah jenis fail, seperti WAV dan QuickTime.
Lihat lirik lagu untuk lagu yang sedang dimainkan
Dalam app Muzik pada Mac anda, klik sebarang pilihan di bawah Pustaka dalam bar sisi. Sebagai contoh, klik Album untuk melihat semua album dalam pustaka anda.
Dwiklik lagu untuk memainkannya atau klik butang Main (atau gunakan Touch Bar).
Klik butang Lirik .
Jika tersedia, lirik muncul pada masa yang sama dengan muzik, jadi anda boleh mengikutinya semasa anda mendengar.
Lakukan mana-mana yang berikut dalam tetingkap Lirik:
Lompat ke rangkap tertentu: Skrol, kemudian pilih sebarang baris.
Lihat Pemain Skrin Penuh: Pilih Tetingkap > Pemain Skrin Penuh. Lihat Gunakan Pemain Mini Muzik.
Tutup tetingkap Lirik: Klik butang Lirik sekali lagi.
Masukkan lirik lagu
Dalam app Muzik pada Mac anda, Control-klik lagu, kemudian pilih Dapatkan Info.
Klik Lirik, kemudian pilih Lirik Tersuai di bahagian bawah tetingkap.
Masukkan perkataan ke dalam lagu, kemudian klik OK.