Tandakan lampiran dalam nota anda pada Mac
Apabila anda menambah imej, dokumen diimbas, atau dokumen PDF ke nota, anda boleh menggunakan Penanda untuk menulis atau melukis pada lampiran, memutarkan atau memangkasnya, atau menambah bentuk atau tandatangan padanya.
Dalam app Nota pada Mac anda, klik nota dalam senarai nota atau dwiklik nota dalam paparan galeri, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Untuk dokumen diimbas, dwikliknya, kemudian gerakkan penuding ke atas dokumen diimbas.
Untuk imej atau dokumen PDF, gerakkan penuding ke atas lampiran.
Klik menu timbul Tindakan di penjuru kiri atas, kemudian pilih Penanda.
Jika anda tidak melihat menu timbul, anda mungkin perlu dayakan Penanda. Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Privasi & Keselamatan , kemudian klik Sambungan (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Klik Tindakan, kemudian aktifkan Penanda.
Gunakan alat untuk tandakan lampiran (atau gunakan Touch Bar).
Anda boleh laraskan jumlah lampiran ditunjukkan pada sebarang masa: gerakkan penuding berdekatan hujung, kemudian seret pemegang biru.
Alat
Perihalan
Lakar
Lakar bentuk menggunakan strok tunggal.
Jika lukisan anda dikenali sebagai bentuk standard, ia digantikan dengan bentuk itu; sebaliknya untuk menggunakan lukisan anda, pilih ia dari palet yang ditunjukkan.
Lukis
Lukis bentuk menggunakan strok tunggal. Tekan jari anda dengan lebih kuat pada trackpad untuk melukis garisan yang lebih tebal, lebih gelap.
Alat ini muncul hanya pada komputer dengan trackpad Force Touch.
Bentuk
Klik bentuk, kemudian seret ia di mana anda inginkan. Untuk saiz semula bentuk itu, gunakan pemegang biru. Jika ia mempunyai pemegang hijau, gunakannya untuk mengubah bentuk.
Anda boleh zum dan serlahkan bentuk menggunakan alat ini:
Zum : Seret kanta di mana anda inginkan. Untuk menambah atau mengurangkan zum, seret pemegang hijau; seret pemegang biru untuk mengubah saiz kanta.
Serlahan : Seret serlahan di mana anda inginkan. Untuk mensaiznya semula, gunakan pemegang biru.
Teks
Taipkan teks anda, kemudian seret kotak teks di mana anda inginkan.
Pilihan Serlahan
Serlahkan teks dipilih.
Tandatangan
Jika tandatangan disenaraikan, klik salah satu, kemudian seretnya kemana anda inginkan. Untuk mensaiznya semula, gunakan pemegang biru.
Untuk mencipta tandatangan baharu, klik alat Tandatangan, klik Cipta Tandatangan jika ditunjukkan, kemudian klik cara untuk mencipta tandatangan anda:
Gunakan trackpad: Klik teks apabila diminta, tandatangan nama anda pada trackpad menggunakan jari anda, tekan sebarang kekunci apabila anda selesai, kemudian klik Selesai. Jika anda tidak suka hasil itu, klik Kosongkan, kemudian cuba lagi.
Jika trackpad anda menyokongnya, tekan jari anda lebih kuat pada trackpad untuk tandatangan dengan garisan yang lebih tebal dan gelap.
Gunakan kamera terbina dalam komputer Mac anda: Pegang tandatangan anda (pada kertas putih) menghadap kamera supaya tandatangan anda sama aras dengan garis biru dalam tetingkap. Apabila tandatangan anda muncul dalam tetingkap, klik Selesai. Jika anda tidak suka hasil itu, klik Kosongkan, kemudian cuba lagi.
Gunakan iPhone atau iPad anda: Klik Pilih Peranti untuk memilih peranti (jika lebih daripada satu tersedia). Pada peranti anda, gunakan jari atau Apple Pencil anda (pada iPad) untuk menandatangani nama anda. Jika anda tidak suka hasilnya, ketik Kosongkan, kemudian cuba lagi. Apabila anda sudah bersedia, ketik Selesai.
Jika anda menggunakan VoiceOver, pembaca skrin terbina dalam pada Mac, anda boleh menambah perihalan tandatangan semasa anda menciptanya. Ini terutamanya berguna jika anda mencipta berbilang tandatangan dan perlu membezakan antaranya untuk memastikan anda menggunakan tandatangan yang anda mahu. Sebelum anda mengklik atau mengetik Selesai, klik menu timbul Perihalan, kemudian pilih perihalan, seperti Parap, atau pilih Tersuai untuk mencipta perihalan anda sendiri. Apabila anda telah bersedia untuk menandatangani dokumen PDF, navigasi senarai tandatangan menggunakan VoiceOver. Apabila anda mendengar perihalan tandatangan yang anda mahu gunakan, tekan VO-bar Space untuk memilihnya.
Jika anda menggunakan iCloud Drive, tandatangan anda tersedia pada komputer Mac lain anda yang mempunyai iCloud Drive diaktifkan.
Untuk memadam tandatangan, gerakkan penuding ke atasnya, kemudian klik (di sebelah kanan tandatangan). Tandatangan tidak lagi tersedia untuk digunakan dalam sebarang app yang anda boleh tambah tandatangan.
Gaya Bentuk
Tukar ketebalan dan jenis garisan yang digunakan dalam bentuk dan tambah bayang.
Warna Jidar
Menukar warna garisan yang digunakan dalam bentuk.
Warna Isian
Menukar warna yang digunakan dalam bentuk.
Gaya Teks
Tukar fon atau gaya dan warna fon.
Putar Kiri atau Putar Kanan
Klik untuk memutarkan item ke kiri. Teruskan mengklik untuk terus memutar.
Untuk memutarkan item ke kanan, tekan dan tahan kekunci Option, kemudian klik sehingga anda selesai memutarkan item.
Pangkas
Sembunyikan sebahagian daripada item. Seret pemegang penjuru hingga hanya kawasan yang anda mahu kekalkan ditunjukkan dalam jidar bingkai. Anda juga boleh seret bingkai untuk menempatkannya semula. Apabila anda bersedia, klik Pangkas.
Perihalan Imej
Masukkan, lihat, atau edit perihalan imej. (Alat diserlahkan apabila imej mempunyai perihalan.)
Perihalan imej boleh dibaca oleh pembaca skrin dan berguna untuk sesiapa sahaja yang mengalami kesukaran melihat imej dalam talian. Sebagai contoh, jika anda menggunakan VoiceOver, pembaca skrin terbina dalam pada Mac, anda boleh menekan perintah VoiceOver VO-Shift-L untuk mendengar perihalan imej dalam kursor VoiceOver.
Anotasi , ,
Anotasi item dengan melakar atau melukis padanya menggunakan iPhone atau iPad berdekatan anda. Jika kedua-dua peranti berada berdekatan, klik Anotasi , kemudian pilih peranti. Alat mungkin kelihatan diserlahkan untuk menunjukkan yang peranti anda disambungkan. Untuk memutuskan sambungan peranti anda tanpa menggunakannya, klik alat semula.
Nota: Jika anda mahu menggunakan iPhone atau iPad berhampiran anda untuk tandatangan atau menganotasi item, pastikan ia memenuhi keperluan sistem Kesinambungan. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk Keseinambungan pada Mac, iPhone, iPad dan Apple Watch.
Apabila anda sudah selesai, klik Selesai.