Tulis dan formatkan nota pada Mac
Anda boleh tulis nota dan tukar pemformatan dalam nota—contohnya, tukar saiz atau penjajaran fon, atau jadikan teks tebal. Jika anda menggunakan nota iCloud dinaik taraf atau nota yang disimpan pada Mac anda, anda juga boleh menggunakan gaya perenggan, tambah senarai semak dan tentukan gaya perenggan yang digunakan apabila anda mula menaip nota baru.
Tulis nota baru
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Cipta nota.” Ketahui lanjut mengenai Siri.
Dalam app Nota pada Mac anda, dalam bar sisi, klik folder di tempat yang anda mahu letakkan nota.
Klik butang Nota Baru dalam bar alat (atau gunakan Touch Bar).
Taip nota anda. Anda boleh gunakan cadangan menaip, jika tersedia.
Baris pertama nota menjadi tajuk nota itu. Anda boleh menukar cara baris pertama diformatkan dalam Keutamaan Nota.
Edit nota
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Tambah ‘susu’ ke nota saya.” Ketahui dengan lebih lanjut tentang Siri.
Dalam app Nota pada Mac anda, klik nota dalam senarai nota. Untuk mencarinya dengan cepat, cari nota.
Dalam teks nota, pilih teks yang anda mahu edit, atau klik di mana anda mehu menambah teks, kemudian buat perubahan anda.
Salin dan tampal teks
Dalam app Nota pada Mac anda, klik nota dalam senarai nota, kemudian lakukan mana-mana yang berikut untuk menyalin dan menampal teks:
Salin semua teks dalam nota: Klik di mana sahaja dalam teks nota, pilih Edit > Pilih Semua (atau Command-A), kemudian pilih Edit > Salin (atau Command-C).
Tampal teks: Pilih Edit > Tampal (atau Command-V).
Sementara sesetengah pemformatan dikekalkan apabila anda menampal, fon dan warna asal mungkin tidak dikekalkan.
Tampal teks menggunakan gaya sekeliling: Pilih Edit > Tampal dan Padankan Gaya.
Maklumat gaya diabaikan daripada papan klip dan teks ditampal dengan gaya sekeliling digunakan.
Tampal teks menggunakan gaya asal: Pilih Edit > Tampal dan Kekalkan Gaya.
Maklumat gaya kekal dengan teks disalin dan teks ditampal dengan gaya asal digunakan.
Anda juga boleh menggunakan Papan Klip Universal untuk meyalin teks, imej, foto dan video pada satu peranti Apple, kemudian tampal kandungan pada peranti Apple lain.
Tambah atau tukar senarai
Anda boleh menambah senarai berbulet, bersempang dan bernombor ke nota. Jika anda menggunakan nota iCloud dinaik taraf atau nota disimpan pada Mac anda, anda juga boleh mengubah baris teks sedia ada menjadi senarai.
Dalam app Nota pada Mac anda, klik nota dalam senarai nota, kemudian lakukan mana-mana yang berikut untuk menambah atau menukar senarai:
Tambah senarai: Klik pada permulaan baris, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Taip asterisk diikuti dengan ruang.
Taip tanda sempang diikuti dengan ruang.
Taip nombor dan noktah diikuti dengan ruang.
Klik butang Format , kemudian pilih Senarai Berbulet, Senarai Bersempang, atau Senarai Bernombor. (Anda boleh juga menggunakan Touch Bar.)
Tambah ke senarai: Klik di hujung item senarai, kemudian tekan Return.
Tamatkan senarai (dan tambah perenggan baru): Klik di hujung item senarai terakhir, kemudian tekan Return dua kali.
Tingkatkan aras senarai: Klik baris dalam senarai, kemudian tekan Tab.
Kurangkan aras senarai: Klik baris dalam senarai, kemudian tekan Shift-Tab.
Petua: Jika anda mahu memasukkan aksara tab dalam item senarai, klik di mana anda mahu memasukkan tab, kemudian tekan Option-Tab.
Tambah pemisah garis (soft return) ke item senarai: Tekan Control-Return di hujung item senarai untuk mulakan baris baru tanpa memulakan item senarai baru.
Tambah atau tukar senarai semak
Nota: Untuk menambah senarai semak atau mengubah baris sedia ada menjadi senarai semak, anda mesti menggunakan nota iCloud dinaik taraf atau nota yang disimpan pada Mac anda.
Dalam app Nota pada Mac anda, klik nota dalam senarai nota, kemudian lakukan mana-mana yang berikut untuk menambah atau menukar senarai semak:
Tambah senarai semak: Klik pada permulaan baris, kemudian klik butang Senarai Semak (atau gunakan Touch Bar).
Selepas anda membuat senarai semak, klik bulatan untuk menanda item anda sebagai selesai.
Tukarkan perenggan ke senarai semak: Pilih baris yang anda mahu tukar menjadi senarai semak, kemudian klik butang Senarai Semak .
Tambah ke senarai semak: Klik di hujung item senarai semak, kemudian tekan Return.
Tamatkan senarai semak (dan tambah perenggan baru): Klik di hujung item senarai semak terakhir, kemudian tekan Return dua kali.
Tambah pemisah garis (soft return) ke senarai semak: Tekan Control-Return di hujung senarai semak untuk memulakan baris baru tanpa memulakan item senarai semak baru.
Format teks
Anda boleh menggunakan gaya—seperti pengepala atau isi—untuk memformatkan perenggan dengan cepat.
Nota: Untuk menggunakan gaya perenggan, anda mesti menggunakan nota iCloud dinaik taraf atau nota yang disimpan pada Mac anda.
Dalam app Nota pada Mac anda, klik nota dalam senarai nota, kemudian lakukan mana-mana yang berikut untuk format teks:
Tukar format teks yang dipilih (seperti menukar frasa ke tebal): Pilih sedikit teks, pilih Format > Font, kemudian pilih pilihan (atau gunakan Touch Bar).
Tukar penjajaran teks: Klik di mana-mana dalam teks yang anda mahu tukar, pilih Format > Teks, kemudian pilih pilihan.
Pilih fon, garis lorek, saiz teks dan lebih lagi: Pilih sesetengah teks, Control-klik teks dan pilih Fon > Tunjukkan Fon, kemudian gunakan tetingkap fon untuk membuat perubahan.
Gunakan gaya perenggan ke perenggan: Klik di mana-mana pada teks yang anda mahu format, klik butang Format > , kemudian pilih gaya.
Tukar gaya perenggan tajuk lalai: Pilih Nota > Keutamaan, klik menu timbul “Nota baru bermula dengan”, kemudian pilih pilihan.
Tambah pautan
Dalam app Nota pada Mac anda, klik nota dalam senarai nota, kemudian pilih Edit > Penggantian > Pautan Pintar (tanda semak menunjukkannya aktif).
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Taip URL dan ia menjadi pautan secara automatik.
Pilih teks untuk ditukarkan menjadi pautan, pilih Edit > Tambah Pautan, kemudian taipkan atau tampal URL.
Untuk mengedit, mengeluarkan, atau membuka pautan, Control-klik pautan, kemudian pilih pilihan.
Anda boleh melihat ejaan yang dicadangkan untuk perkataan, tambah perkataan atau istilah yang kerap digunakan pada kamus, atau pilih kamus untuk bahasa tertentu. Lihat Semak ejaan dan tatabahasa.