Panduan Pengguna Pages untuk iPad
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Bermula dengan Pages
- Pemprosesan perkataan atau tataletak halaman?
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cari dokumen
- Buka dokumen
- Simpan dan namakan dokumen
- Cetak dokumen atau sampul
- Salin teks dan objek antara app
- Gerak isyarat skrin sentuh asas
- Gunakan Apple Pencil dengan Pages
- Sesuaikan bar alat
- Hak Cipta
Cari dokumen dalam Pages pada iPad
Pengurus dokumen, ditunjukkan di bawah, ialah perkara yang anda lihat apabila anda membuka Pages dan tiada dokumen dibuka, atau apabila anda membuka app Fail. Anda boleh mencari dokumen dengan tajuk atau kandungannya (termasuk teks, nama pengarang, nama fail media, perihalan video dan imej, komen dan banyak lagi), atau melayari untuknya di tempat anda menyimpan dokumen (sebagai contoh, pada iCloud Drive, pada peranti anda, pada peranti storan luaran, atau dengan penyedia storan pihak ketiga). Anda juga boleh mengisih dokumen untuk membantu anda mencari dokumen yang anda mahu.
Cari dokumen
Pergi ke app Pages pada iPad anda.
Jika dokumen sudah dibuka, ketik di penjuru kiri atas untuk melihat semua dokumen anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Cari: Ketik dalam medan carian, kemudian masukkan semua atau sebahagian daripada nama dokumen. Anda mungkin perlu mengetik untuk menunjukkan medan cari.
Lihat dokumen dikongsi atau terbaru diedit sahaja: Ketik Dikongsi atau Terbaru di bahagian bawah skrin.
Layari dokumen: Lokasi yang anda layari ditunjukkan di sepanjang bahagian atas skrin.
Petua: Jika anda sudah berada dalam paparan layari, ketik Balik atau Layari untuk melihat senarai Lokasi.
Isih mengikut nama, tarikh, saiz atau tag: Ketik di bahagian bawah skrin, kemudian ketik pilihan. Untuk melihat dokumen sebagai senarai dan bukannya imej kecil, ketik .