Tambah galeri imej dalam Pages pada iPad
Dengan galeri imej, anda boleh melihat koleksi foto dan imej SVG di satu tempat pada halaman, supaya hanya satu yang kelihatan pada satu masa. Anda mungkin mahu melakukan ini, contohnya, jika anda merancang untuk mengeksport dokumen anda dalam format EPUB dan menerbitkan dokumen ke Apple Books, supaya pembaca boleh mengetik atau mengklik menerusi imej seperti yang mereka lakukan menerusi tayangan slaid.
Pergi ke app Pages pada iPad anda.
Buka dokumen, ketik dalam bar alat, kemudian ketik Galeri Imej.
Seret galeri imej untuk menempatkannya semula pada halaman, kemudian seret sebarang titik biru untuk mensaizkannya semula.
Ketik di penjuru kanan bawah galeri imej, ketik untuk memilih berbilang imej, kemudian ketik Tambah.
Untuk menyesuaikan galeri imej, pastikan ia masih dipilih, lakukan mana-mana daripada berikut:
Laraskan kedudukan atau paras zum imej: Dwiketik imej pada halaman, kemudian seretnya untuk mengalihkannya dalam bingkai. Seret gelangsar untuk zum.
Susun semula imej: Ketik , ketik Galeri, ketik Uruskan Imej, kemudian ketik Edit. Sentuh dan tahan , kemudian seret untuk menyusun semula imej.
Tambah perihalan imej yang boleh digunakan oleh teknologi bantu (sebagai contoh, VoiceOver): Ketik , ketik Galeri, kemudian ketik Perihalan. Masukkan teks anda dalam kotak teks. Perihalan imej tidak boleh dilihat di mana-mana dalam dokumen anda.
Untuk menambahkan perihalan pada imej lain dalam galeri, ketik anak panah kiri atau kanan di bawah kotak teks.
Keluarkan imej: Ketik , ketik Galeri, ketik Uruskan Imej, leret ke kiri pada imej, kemudian ketik Padam.
Untuk melihat galeri imej, ketik atau .
Untuk menambahkan lebih banyak imej, ketik galeri imej, kemudian ketik Tambah Imej.
Anda juga boleh menambah tajuk pada galeri imej, serta menambah kapsyen kepada imej individu atau semua imej. Lihat Tambah kapsyen atau tajuk pada objek.