Anotasi dokumen Pages pada iPad
Menggunakan Apple Pencil atau jari anda dengan pen atau alat serlahan, anda boleh mengedit dan menambah tanda lain pada dokumen anda. Tanda Anotasi Pintar disambungkan dan bergerak dengan teks, objek, atau sel jadual di tempat anda menambahnya. Jika anda memadam teks, objek, atau sel berkaitan, anotasi juga akan dipadamkan.
Jika anda berkongsi dokumen anda, penerima boleh melihat anotasi anda. Anda boleh menyembunyikan dan menunjukkan anotasi pada bila-bila masa, atau memadamkan anotasi secara kekal.
Tambah anotasi
Ketik dengan jari anda atau Apple Pencil, kemudian ketik Anotasi Pintar.
Teks atau objek diserlahkan dengan warna buat sementara untuk menunjukkan perkara yang disauhkan kepada anotasi.
Nota: Jika anda menganotasi pada kali terakhir anda menggunakan Apple Pencil, apabila anda mengetik skrin dengan Apple Pencil, alat anotasi dipilih secara automatik.
Ketik pen atau penyerlah dalam bar alat di bahagian bawah skrin (anda mungkin perlu meleret ke kiri pada bar alat untuk melihatnya), kemudian tambahkan tanda anda. Untuk menukar penampilan tanda anda, ketik semula alat anotasi, kemudian ketik butang lebar garis atau seret gelangsar kelegapan.
Lakukan mana-mana daripada berikut dengan alat di bahagian bawah skrin:
Tukar warna untuk alat yang dipilih: Ketik warna praset atau ketik roda warna untuk memilih warna tersuai. Gunakan kawalan untuk mencampurkan warna anda sendiri, kemudian ketik untuk menyimpan warna sebagai kegemaran. Untuk mengeluarkan kegemaran, sentuh dan tahan titik warna kegemaran, kemudian ketik Padam.
Padam anotasi: Ketik alat pemadam, kemudian ketik anotasi. Pemadam piksel dan pemadam objek berfungsi dengan cara yang sama untuk anotasi.
Buat asal tindakan terakhir: Ketik dalam bar alat. Ketik berbilang kali untuk membuat asal semua tindakan terbaru anda.
Sembunyikan dan tunjukkan bar alat: Seret pemegang alat ke mana-mana penjuru skrin. Untuk mengembalikan bar alat ke saiz penuh, ketik versi diminimumkan. Anda masih boleh menambahkan anotasi dan melukis dengan Apple Pencil atau jari anda apabila alatan disembunyikan. Selepas anda menggunakan Apple Pencil untuk menambahkan tanda, anda boleh menggunakan jari anda untuk skrol ke atas atau ke bawah.
Apabila anda selesai menganotasi, ketik Selesai di bahagian atas skrin.
Padam anotasi
Anotasi disambungkan ke teks atau objek yang anda tambahkannya, jadi jika anda alihkan atau padam teks atau objek itu, anotasi juga dialihkan atau dipadamkan.
Padam anotasi tunggal: Jika anda menganotasi dokumen, ketik alat pemadam, kemudian ketik anotasi. Jika tidak, ketik anotasi, kemudian ketik Padam.
Padam semua anotasi: Dalam bar alat Anotasi Pintar di bahagian bawah skrin, ketik , kemudian ketik Padam Semua Anotasi Pintar.
Nota: Jika anda memadam teks tetapi anotasi kekal, tanda mungkin disambungkan kepada perkataan sebelum atau selepas teks yang anda telah padam.
Tunjukkan atau sembunyikan anotasi
Ketik , kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Anotasi Pintar.
Apabila anda mencetak dokumen anda atau mengeksportnya sebagai PDF, anda boleh memilih untuk menyertakan anotasi. Lihat Cetak dokumen atau sampul dan Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain.
Jika anda menghantar dokumen anda kepada seseorang yang membuka dokumen dalam Pages pada iPhone atau iPad, dokumen mungkin dibuka dalam paparan bacaan. Untuk menambah atau mengedit anotasi, penerima mesti mengetik di bahagian atas skrin.
Nota: Jika anda mahu menggunakan Apple Pencil anda untuk memilih objek serta menskrol dan bukannya memasukkan paparan untuk menulis, melukis, atau menganotasi, ketik di bahagian atas skrin, ketik Apple Pencil, kemudian aktifkan Pilih dan Skrol. Jika Apple Pencil anda menyokongnya, anda boleh mengaktifkan Dwiketik untuk Bertukar, kemudian dwiketik bahagian bawah Apple Pencil untuk mengaktifkan dan menyahaktifkan Pilih dan Skrol dengan cepat.