Formatkan dokumen untuk bahasa lain dalam Pages pada iPhone
Bahasa dan rantau dokumen menentukan konvensyen pemformatan teks—contohnya, sama ada koma atau noktah digunakan sebagai titik desimal, simbol mata wang yang digunakan, tempat untuk sengkang perkataan di pemisah baris dan cara tarikh diwakili (hari/bulan/tahun atau bulan/hari/tahun).
Anda boleh mencipta dokumen yang menggunakan pemformatan bahasa berbeza selagi anda mempunyai lebih daripada satu bahasa dalam senarai bahasa pilihan peranti anda. Untuk menggunakan bahasa lain dalam dokumen, anda perlu menambah sumber input untuk bahasa tersebut (contohnya, papan kekunci kedua) dalam Seting.
Petua: Dalam iOS 15 atau lebih baharu, anda boleh menterjemah teks dalam dokumen anda ke bahasa lain, kemudian memilih jika anda mahu menyalin terjemahan, menggantikan teks dengan terjemahan dan banyak lagi. Pilih teks yang anda mahu terjemah, kemudian ketik Terjemah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang ciri Terjemah, lihat Panduan Pengguna iPhone.
Sediakan papan kekunci atau sumber input lain untuk bahasa lain
Untuk menggunakan bahasa lain dalam dokumen anda, sediakan dahulu sumber input (contohnya, papan kekunci atau palet aksara yang khusus bahasa) untuk bahasa tersebut. Apabila anda menambah papan kekunci khusus bahasa ke peranti anda, bahasa tersebut juga ditambah ke senarai bahasa pilihan peranti anda.
Pada skrin Utama, ketik Seting, kemudian ketik Umum.
Ketik Papan Kekunci > Papan Kekunci > Tambah Papan Kekunci Baharu, kemudian ketik papan kekunci yang anda mahu gunakan.
Untuk mengetahui cara menggunakan bahasa dan papan kekunci berbeza, lihat panduan pengguna untuk peranti anda.
Jika Pages terbuka, keluar daripada Pages dan buka semula agar ia mengenali sumber tersebut.
Untuk bertukar kepada sumber input lain, tekan dan tahan di bahagian bawah papan kekunci, kemudian pilih input yang anda mahukan.
Jika anda bertukar kepada bahasa yang ditulis dalam arah berlainan daripada bahasa semasa, titik sisipan bergerak ke sisi dokumen yang digunakan oleh bahasa baharu. Contohnya, jika anda menukar sumber input daripada bahasa Inggeris kepada Ibrani, titik sisipan bergerak ke sebelah kanan dokumen.
Cipta dokumen dengan format bahasa berbeza
Apabila anda mencipta dokumen baharu, anda boleh memformat nombor, tarikh, masa dan mata wang secara automatik dalam jadual dan carta menggunakan konvensyen pemformatan bahasa dan rantau tertentu. Anda mungkin mahu melakukan ini jika anda merancang untuk berkongsi dokumen dengan seseorang di rantau berbeza.
Sebagai contoh, sesetengah rantau menggunakan koma dan bukannya noktah untuk menunjukkan titik desimal, atau mereka menggunakan simbol kewangan yang berbeza untuk mata wang, atau mereka memaparkan teks daripada kanan ke kiri dan bukannya kiri ke kanan.
Seting bahasa ini hanya mempengaruhi dokumen semasa.
Pergi ke app Pages pada iPhone anda.
Dalam pengurus dokumen, ketik Pilih Templat di bahagian atas skrin untuk membuka pemilih templat.
Jika dokumen terbuka, ketik di penjuru kiri atas untuk pergi ke pengurus dokumen.
Ketik di penjuru kanan atas pemilih templat, kemudian pilih bahasa lain (anda mungkin perlu mengetik bahasa semasa untuk melihat bahasa lain).
Jika anda tidak melihat , anda mesti menyediakan papan kekunci anda untuk bahasa lain dahulu. Lihat Sediakan papan kekunci atau sumber input lain untuk bahasa lain.
Ketik Seting di penjuru kiri atas menu bahasa, ketik Selesai, kemudian ketik templat yang anda mahu gunakan.
Apabila anda memilih bahasa baharu, tajuk dan teks templat dan sesetengah daripada kawalan pemformatan bertukar untuk menggambarkan bahasa itu.
Apabila anda melihat dokumen yang menggunakan bahasa dan pemformatan berlainan daripada peranti anda, mesej berhampiran bawah dokumen menunjukkan format yang digunakan. Untuk melihat contoh format berlainan, ketik bahasa dalam mesej.
Nota: Ejaan disemak mengikut bahasa papan kekunci yang anda gunakan, bukan bahasa dokumen.
Tukar bahasa dan format dokumen
Selepas anda mencipta dokumen, anda boleh menukar seting bahasanya semasa dokumen dibuka.
Nota: Anda tidak boleh menukar seting ini untuk dokumen dikongsi.
Pergi ke app Pages pada iPhone anda.
Ketik dalam bar alat, ketik Pilihan Dokumen, kemudian ketik Bahasa & Rantau.
Ketik Bahasa dan pilih bahasa baharu.
Jika anda memilih item pertama dalam menu timbul Bahasa (Sistem- [bahasa]), anda mereset dokumen ke bahasa dan rantau peranti anda. Jika anda seterusnya menukar seting bahasa peranti anda atau jika anda membuka dokumen pada peranti dengan seting bahasa berbeza, bahasa dan rantau dokumen bertukar secara automatik mengikut peranti tersebut. Tetapi jika anda berkongsi dokumen, semua pengguna melihat dokumen dalam bahasa dan rantau peranti anda.
Ketik Rantau (jika ia aktif) dan pilih rantau.
Ketik Selesai.
Selepas anda menukar bahasa dan rantau dokumen, sebarang data jadual dan carta baharu anda masukkan menggambarkan seting baharu. Untuk data jadual dan carta sedia ada, bahasa dalam tarikh (sebagai contoh, nama bulan) bertukar, tetapi tanda baca dalam tarikh dan tertib hari, bulan dan tahun tidak bertukar. Tanda baca dalam nombor (sebagai contoh, titik desimal dan pemisah ribu) bertukar.