Tambah dan edit kandungan sel dalam Pages pada iPhone
Anda boleh gunakan papan kekunci untuk memasukkan jenis data yang anda mahukan (huruf, nombor atau simbol). Anda juga boleh menyalin dan menampal kandungan ke dalam sel daripada tempat lain.
Nota: Jika anda tidak boleh menambahkan kandungan jadual, pastikan jadual tersebut telah dibuka kunci. Pilih jadual, ketik , ketik Susun, kemudian ketik Buka Kunci. (Jika anda tidak melihat Buka Kunci, jadual tidak dikunci.)
Tambah kandungan
Pergi ke app Pages pada iPhone anda.
Buka dokumen dengan jadual, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Tambah kandungan pada sel kosong: Ketik atau dwiketik padanya agar anda dapat melihat titik sisipan dan papan kekunci, kemudian mula menaip.
Edit kandungan: Ketik atau dwiketik sel untuk membolehkan titik sisipan kelihatan. Untuk mengalihkan titik sisipan, seretnya ke tempat yang anda mahu taip.
Gantikan teks tertentu: Pilih teks, kemudian taipkan teks anda sendiri.
Anda juga boleh menambah objek dan mencipta pautan dalam sel jadual.
Balut teks supaya muat dalam sel
Jika sel tidak cukup lebar untuk memaparkan semua teks dalam sel, anda boleh membalut teks agar ia kelihatan pada berbilang baris dalam sel.
Pergi ke app Pages pada iPhone anda.
Buka dokumen dengan jadual, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Balut atau nyahbalut teks dalam sel tunggal: Ketik sel, ketik , ketik Sel, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Balut Teks dalam Sel. (Jika anda tidak melihat Balut Teks dalam Sel, leret ke atas dari bawah kawalan.)
Balut atau nyahbalut teks untuk baris atau lajur: Pilih baris atau lajur, ketik , ketik Sel, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Balut Teks dalam Sel.
Kosongkan kandungan daripada sel
Pergi ke app Pages pada iPhone anda.
Buka dokumen dengan jadual, pilih sel, ketiknya sekali lagi, kemudian ketik Padam.
Padamkan kandungan daripada sel
Pergi ke app Pages pada iPhone anda.
Buka dokumen dengan jadual, pilih sel yang anda mahu padam, kemudian ketik Padam.
Masukkan garis pemisah atau tab ke dalam teks dalam sel jadual
Anda boleh memasukkan garis pemisah untuk menaip berbilang perenggan teks dalam sel jadual. Anda juga boleh memasukkan tab untuk menjajarkan teks.
Pergi ke app Pages pada iPhone anda.
Buka dokumen dengan jadual, kemudian dwiketik sel.
Taipkan perenggan pertama teks anda, kemudian ketik selepas aksara terakhir.
Ketik Masukkan, kemudian ketik Pemisah Baris atau Tab.
Taipkan teks perenggan seterusnya, kemudian masukkan garis pemisah atau tab seperti yang diterangkan di atas.
Tambah objek pada sel jadual
Anda boleh menampal imej, bentuk, garis, carta, persamaan dan kotak teks ke dalam sel jadual. Objek ditampal kelihatan sebaris dengan sebarang teks dalam sel.
Pergi ke app Pages pada iPhone anda.
Buka dokumen, ketik objek atau teks yang mengandungi objek, kemudian ketik Potong atau Salin (potong mengeluarkannya daripada lokasi asal).
Dwiketik sel di tempat yang anda mahu tambahkan objek (ia mungkin sel yang sudah mempunyai teks) supaya anda melihat titik sisipan.
Ketik dan tahan tempat yang anda mahu tambah kandungan, kemudian ketik Tampal.
Nota: Jika anda mahu menampal kotak teks atau bentuk (termasuk kandungannya) ke dalam sel, pastikan titik sisipan kelihatan dalam sel sebelum anda menampal objek. Sebaliknya, jika sel dipilih, hanya teks dalam objek ditampal.
Apabila anda menampal filem ke dalam sel, hanya imej poster dipaparkan—filem tidak dimainkan. Walau bagaimanapun, sifat filem dikekalkan supaya jika anda menyalin dan menampal filem di tempat lain, filem akan dimainkan di lokasi baharunya.
Untuk mengeluarkan objek daripada sel, dwiketik sel, letakkan titik sisipan dalam sel di sebelah kanan objek, kemudian ketik .
Salin atau alih sel jadual
Apabila anda menyalin sel jadual, atau memindahkan data sel ke lokasi baharu dalam jadual, semua sifat sel turut disalin atau dialihkan, termasuk format data, isian, jidar dan komen.
Pergi ke app Pages pada iPhone anda.
Buka dokumen dengan jadual, kemudian pilih sel yang anda mahu salin atau alihkan.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Tampal dan gantikan kandungan sedia ada: Ketik sel, kemudian ketik Salin. Pilih sel kiri atas yang anda mahu tampalkan data, ketik sel sekali lagi, kemudian ketik Tampal.
Jika data anda mengandungi formula, ketik Tampal Formula atau Tampal Nilai Sahaja. Data akan menggantikan sebarang data sedia ada.
Tampal di luar jadual sedia ada untuk mencipta jadual baharu: Ketik berhampiran pinggir skrin, kemudian ketik Tampal. Jadual baharu dicipta dengan sel yang ditampal.
Alihkan data: Selepas memilih sel, sentuh dan tahan pilihan sehingga sel kelihatan terangkat daripada jadual, kemudian seretnya ke lokasi lain dalam jadual. Sebarang data sedia ada digantikan dengan data baharu.