Gunakan VoiceOver untuk mencipta dokumen Pages pada iPhone
Ada boleh mencipta dan mengedit dokumen Pages pada iPhone anda menggunakan VoiceOver, pembaca skrin lanjutan yang membenarkan anda menggunakan peranti anda tanpa melihat skrin. Mula dengan templat yang telah direka bentuk yang menyertakan data, carta dan imej ruang letak, kemudian tambah kandungan anda sendiri. Setiap templat menggunakan fon, gaya teks dan warna yang dikoordinasikan untuk rupa bersepadu.
VoiceOver juga boleh mentafsir data daripada carta dalam dokumen anda dengan menyebut perihalan paksi, meringkaskan data dan alirannya, serta memainkan siri pic berbeza untuk mewakili nilai dalam carta dari kiri ke kanan.
Pilih templat
Anda boleh memilih templat daripada beberapa kategori, seperti surat, laporan dan buku. Contohnya, untuk mencipta risalah bagi mengiklankan peristiwa khas, anda mungkin memilih Poster Peristiwa Kecil dalam kategori Risalah & Poster. Anda pilih templat dalam pemilih templat.
Pergi ke app Pages pada iPhone anda.
Apabila anda mula-mula membuka Pages, pengurus dokumen terbuka. Leret ke kiri atau kanan (atau gunakan anak panah kiri dan kanan pada papan kekunci) sehingga anda mendengar “Pilih Templat”, kemudian dwiketik untuk membuka pemilih templat.
Buka rotor VoiceOver dan gunakan seting Pengepala untuk menavigasi menerusi kategori templat, seperti Laporan dan Resume.
Nota: Anda mungkin perlu menskrol untuk mendengar semua kategori.
Leret ke kiri atau kanan sehingga anda mendengar nama templat yang anda mahu, kemudian dwiketik untuk memilihnya.
Tambah teks anda sendiri
Templat dokumen menyertakan teks ruang letak untuk tajuk, pengepala, teks isi dan elemen teks lain. Anda boleh menggantikan sebarang teks ruang letak dengan teks ruang letak anda sendiri dalam kanvas.
Pergi ke app Pages pada iPhone anda.
Buka dokumen dengan teks ruang letak, kemudian buka rotor VoiceOver dan gunakan seting Bekas untuk menavigasi ke kanvas.
Untuk menavigasi menerusi kandungan dalam kanvas, leret ke kiri atau kanan (atau gunakan anak panah kiri atau kanan pada papan kekunci) sehingga anda mendengar teks yang anda mahu edit (sebagai contoh, Pengepala atau Isi), kemudian dwiketik untuk memilihnya.
Jika kumpulan teks mempunyai berbilang garis, gunakan seting Garis dalam rotor VoiceOver untuk menavigasi menerusi garis sebelum anda memilih teks.
Taip untuk menambahkan teks anda sendiri.
Nota: Jika anda mengedit pengepala atau pengaki, navigasi ke bar alat, kemudian dwiketik butang Selesai untuk kembali ke kanvas.
Jika anda mahu mengedit ruang letak teks lain, gunakan seting Garis dalam rotor VoiceOver untuk menavigasi padanya.
Gayakan teks
Templat menggunakan fon, gaya teks dan warna yang dikoordinasikan, tetapi anda boleh menukar rupa teks anda dalam kanvas.
Jika anda menggunakan templat daripada kategori Asas, seperti Kosong atau Landskap Kosong, anda boleh mengeset fon dan saiz fon lalai untuk semua dokumen baharu. Lihat Setkan fon dan saiz fon lalai untuk templat Asas.
Pergi ke app Pages pada iPhone anda.
Buka dokumen.
Buka dokumen, kemudian buka rotor VoiceOver dan gunakan seting Bekas untuk menavigasi ke kanvas.
Leret ke kiri atau kanan (atau gunakan anak panah kiri atau kanan pada papan kekunci) sehingga anda mendengar teks yang anda mahu edit, kemudian gunakan seting Edit dalam rotor VoiceOver untuk memilih teks.
Jika teks yang anda mahu edit berada dalam pengepala atau pengaki, dwiketik teks untuk membuka tetingkap Persediaan Dokumen sebelum anda memilihnya.
Gunakan seting Bekas dalam rotor VoiceOver untuk menavigasi ke bar alat. Leret ke kiri atau kanan sehingga anda mendengar “butang Format”, kemudian dwiketik untuk membuka tab Teks dalam menu Format.
Untuk menukar gaya perenggan, leret ke kiri atau kanan sehingga anda mendengar gaya perenggan semasa, seperti Tajuk atau Isi, kemudian dwiketik untuk membuka pop atas Gaya Perenggan. Leret ke kiri atau kanan sehingga anda mendengar gaya yang anda mahu, kemudian dwiketik untuk memilihnya. Untuk kembali ke menu Teks, dwiketik butang balik Teks.
Untuk menukar seting teks lain, terus meleret menerusi tab Teks dalam menu Format.
Tukar mana-mana daripada berikut:
Fon: Leret sehingga VoiceOver menyebut fon semasa, kemudian dwiketik untuk membuka senarai fon. Leret sehingga anda mendengar fon yang anda mahu, kemudian dwiketik untuk memilihnya. Untuk kembali ke menu Teks, dwiketik butang balik Teks.
Gaya fon (tebal, italik, bergaris bawah dan seterusnya): Leret sehingga anda mendengar gaya fon, kemudian dwiketik untuk memilih yang anda mahu.
Untuk memilih pilihan lanjutan seperti huruf besar dan ligatur, leret sehingga anda mendengar “Pilihan lebih teks,” kemudian dwiketik untuk membuka menu Piihan Teks.
Saiz fon: Leret sehingga anda mendengar saiz fon semasa, kemudian leret ke atas atau bawah untuk melaraskan nilai.
Warna teks: Leret sehingga anda mendengar warna fon semasa, kemudian dwiketik untuk membuka menu Warna Teks. Leret sehingga anda mendengar warna yang anda mahu, kemudian dwiklik untuk memilihnya. Untuk kembali ke menu Teks, dwiketik butang balik Teks.
Untuk mengetahui tentang pilihan warna lanjutan, lihat Isikan bentuk dan kotak teks dengan warna atau imej.
Penjajaran: Leret sehingga anda mendengar pilihan penjajaran, kemudian dwiketik untuk memilih satu.
Pemformatan senarai: Leret sehingga anda mendengar “Bulet dan senarai,” kemudian dwiketik untuk membuka menu Senarai Gaya. Leret sehingga anda mendengar gaya senarai yang anda mahu, kemudian dwiketik untuk memilihnya. Untuk kembali ke menu Teks, dwiketik butang balik Teks.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemformatan senarai, lihat Senarai format.
Jarak: Leret sehingga anda mendengar “Jarak baris,” kemudian dwiklik untuk membuka menu Jarak Baris. Leret sehingga anda mendengar jarak baris semasa, kemudian leret ke atas atau bawah untuk melaraskan nilai. Untuk kembali ke menu Teks, dwiketik butang balik Teks.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang jarak, lihat Setkan jarak baris.
Untuk kembali ke kanvas, dwiketik butang Selesai dalam menu Format.
Tambah media anda sendiri
Untuk menambah imej atau video anda sendiri, anda boleh menggantikan ruang letak media dalam templat dengan ruang letak media anda sendiri. Anda boleh lakukan ini dalam kanvas.
Pergi ke app Pages pada iPhone anda.
Buka dokumen dengan ruang letak media.
Buka rotor VoiceOver dan gunakan seting Bekas untuk menavigasi ke kanvas.
Untuk menavigasi menerusi kandungan dalam kanvas, leret ke kiri atau kanan (atau gunakan anak panah kiri dan kanan pada papan kekunci). Apabila anda mendengar nama imej yang anda mahu gantikan, dwiketik untuk memilihnya.
Leret ke kiri atau kanan menerusi pemegang imej sehingga anda mendengar “butang Gantikan Imej”, kemudian dwiketik untuk membuka pop atas Album.
Lakukan salah satu daripada berikut untuk memilih media yang anda mahu gunakan:
Untuk menggunakan foto atau video dalam pop atas Album: Pilih album, kemudian dwiketik untuk memilih media yang anda mahu tambah.
Untuk menggunakan foto atau video daripada iCloud atau perkhidmatan lain: Dwiketik Masukkan daripada bawah album, kemudian dwiketik untuk memilih media yang anda mahu tambah.
Untuk menggunakan foto atau video baharu: Ambil Foto atau Video, kemudian pilih Gunakan Foto atau Gunakan Video.
Imej atau video menggantikan media ruang letak dalam dokumen secara automatik.
Anda juga boleh memasukkan bentuk anda sendiri dan objek lain dengan memilih menu Masukkan dalam bar alat. Untuk menavigasi ke bar alat daripada kanvas, gunakan seting Bekas dalam rotor VoiceOver.
Untuk menambah perihalan kebolehcapaian pada imej, lukisan dan video anda (yang dibaca oleh VoiceOver dan teknologi bantu lain), lihat Tambah perihalan imej, Tambah perihalan lukisan, atau Tambah perihalan video.
Gunakan VoiceOver untuk mentafsir data carta
Dalam iOS 15 atau lebih baharu, atau iPadOS 15 atau lebih baharu, VoiceOver boleh memberikan maklumat yang berguna tentang jenis carta tertentu dalam dokumen anda, termasuk maklumat paksi, bentuk data, nilai minimum, nilai maksimum dan banyak lagi. VoiceOver juga boleh memainkan siri pic berbeza untuk mewakili nilai dalam carta dari kiri ke kanan.
Pergi ke app Pages pada iPhone anda.
Buka dokumen dengan carta.
Pilih carta dalam dokumen anda yang anda mahu dapatkan lebih banyak maklumat.
Leret ke kiri atau ke kanan untuk memilih sebarang titik data dalam carta.
Buka rotor VoiceOver, kemudian pilih seting Graf Audio.
Leret ke atas atau bawah untuk memilih mana-mana daripada berikut:
Terangkan carta: Menyenaraikan nama setiap paksi dan menyenaraikan bilangan siri.
Butiran carta: Membuka paparan boleh diakses carta yang memberi akses kepada graf audio, ringkasan, statistik dan banyak lagi.
Mainkan graf audio: Mainkan siri nada yang mewakili nilai dalam carta, daripada kiri ke kanan, menggunakan nada yang berbeza. Lebih tinggi nilai, lebih tinggi nada.