Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Baharu
- Hak Cipta
Duplikasi halaman atau bahagian dalam Pages pada iPhone
Anda boleh menggunakan semula kandungan dengan menduplikasi halaman (dalam dokumen tataletak halaman) atau bahagian (dalam dokumen pemprosesan perkataan) dengan cepat.
Ketik butang nombor halaman di bahagian bawah skrin untuk menunjukkan paparan Imej Kecil Halaman.
Sentuh dan tahan imej kecil halaman atau bahagian yang anda mahu duplikasi, kemudian angkat jari anda, kemudian ketik Duplikasi (anda mungkin perlu mengetik untuk melihatnya).
Dalam dokumen pemprosesan perkataan, warna latar belakang kelihatan di belakang semua halaman dalam bahagian yang sama.
Halaman atau bahagian duplikasi ditambah selepas pilihan asal.
Ketik Selesai, kemudian leret ke bawah untuk menutup paparan Imej Kecil Halaman.
Petua: Anda juga boleh menduplikasikan mana-mana bahagian kandungan (contohnya, perenggan atau halaman tunggal dan bukannya keseluruhan bahagian) dengan menyalin dan menampal kandungan ke lokasi baharu.