Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Baharu
- Hak Cipta
Gunakan gaya objek dalam Pages pada iPhone
Cara yang pantas untuk menukar rupa objek ialah dengan menggunakan gaya objek padanya. Setiap templat termasuk gaya objek—set atribut seperti warna, jidar dan bayang—yang direka supaya kelihatan cantik dengan templat.
Selepas menggunakan gaya pada objek, anda boleh mengubah rupa objek dengan lebih lanjut dengan membuat pilihan anda sendiri contohnya untuk jidar, warna dan bayang.
Untuk menggunakan gaya objek dengan jadual, lihat Gunakan gaya jadual. Untuk menggunakan gaya objek dengan carta, lihat Gunakan gaya carta.
Gunakan gaya pada objek
Ketik imej, bentuk, kotak teks, garis, anak panah atau video, kemudian ketik .
Petua: Untuk menjimatkan masa, anda boleh memilih berbilang objek dan menggunakan gaya sama untuk semuanya pada satu masa.
Ketik Gaya, kemudian ketik gaya untuk menggunakannya.