Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Gunakan iCloud Drive dengan Pages
- Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain
- Buka buku iBooks Author dalam Pages
- Kurangkan saiz fail dokumen
- Simpan dokumen besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal dokumen
- Alihkan dokumen
- Padam dokumen
- Kunci dokumen
- Lindungi dokumen dengan kata laluan
- Cipta dan uruskan templat tersuai
- Hak Cipta
Padam halaman atau bahagian dalam Pages pada Mac
Anda boleh memadamkan mana-mana halaman dalam dokumen tataletak halaman dengan mudah, atau keseluruhan bahagian (termasuk semua halamannya) dalam dokumen pemprosesan perkataan. Anda juga boleh memadamkan sebahagian daripada halaman atau bahagian.
Padam halaman dalam dokumen tataletak halaman: Klik dalam bar alat, pilih Imej Kecil Halaman, pilih halaman yang anda mahu padam, kemudian tekan Delete pada papan kekunci anda. Untuk memilih berbilang halaman, tekan kekunci Command semasa anda memilih imej kecil halaman.
Padam bahagian dalam dokumen pemprosesan perkataan: Klik dalam bar alat, kemudian pilih Imej Kecil Halaman. Pilih mana-mana halaman yang anda mahu padamkan (warna latar belakang kelihatan di belakang semua halaman dalam bahagian yang sama), kemudian tekan Delete pada papan kekunci anda.
Padam sebahagian daripada halaman atau bahagian sahaja: Salin atau potong kandungan yang anda mahu simpan, tampalkannya di tempat lain (halaman atau bahagian yang berbeza), kemudian padamkan halaman atau bahagian asal seperti yang diterangkan di atas. Secara alternatif, anda boleh memilih hanya kandungan yang anda tidak mahu, kemudian tekan kekunci Delete pada papan kekunci anda.
Nota: Jika anda dalam dokumen pemprosesan perkataan dan mempunyai halaman kosong yang anda tidak mahu, klik untuk meletakkan titik sisipan di bahagian bawah halaman, kemudian terus menekan Delete sehingga halaman hilang. Ini mengalihkan semua aksara tidak kelihatan seperti pemisah perenggan dan elemen pemformatan.
Penting: Untuk memulihkan sebarang kandungan yang hilang, pilih Edit > Buat Asal (daripada menu Edit di bahagian atas skrin) atau tekan Command-Z pada papan kekunci anda.