Tambah atau keluarkan orang daripada kumpulan yang anda kongsikan kata laluan atau kunci laluan pada Mac
Apabila anda mencipta kumpulan untuk berkongsi kata laluan dan kunci laluan, anda boleh menambah orang ke kumpulan, mengeluarkan orang dan menamakan semula kumpulan. Semua orang yang anda tambah ke kumpulan mesti mempunyai peranti dengan iOS 17, iPadOS 17, macOS 14 atau lebih baharu.
Pergi ke app Kata Laluan pada Mac anda.
Klik kumpulan dikongsi dalam bar sisi.
Klik Urus.
Lakukan satu daripada berikut:
Tambah seseorang: Klik Tambah Orang.
Keluarkan seseorang: Klik , kemudian pilih Keluarkan Daripada Kumpulan.
Namakan semula kumpulan: Pilih nama semasa, kemudian masukkan nama baharu.
Klik Selesai.
Sebagai orang yang mencipta kumpulan, hanya anda yang boleh menambah dan mengeluarkan orang daripada kumpulan, menamakan semula kumpulan dan memadamkan kumpulan. Semua orang dalam kumpulan boleh menukar kata laluan dan kunci laluan akaun yang anda kongsikan dengan kumpulan.