Seting app pihak ketiga
Pengenalan kepada app pihak ketiga
Dalam ekosistem Apple, terdapat dua jenis app tersedia:
App pihak pertama: Dibangunkan oleh Apple seperti Mesej, Kalendar, Safari atau FaceTime.
App pihak ketiga: Dibangunkan oleh syarikat dan organisasi selain daripada Apple seperti Instagram, YouTube, Threads atau Google.
App pihak ketiga tersedia di App Store atau kedai app alternatif. Seting dan kawalan akaun mereka mungkin berbeza daripada app yang dibangunkan oleh Apple, serta sesetengah kawalan mungkin hanya boleh diakses dalam app atau melalui tapak web pembangun app pihak ketiga. Perbezaan ini adalah penting kerana app pihak ketiga secara umumnya memerlukan langkah tambahan untuk menguruskan seting perkongsian dan privasi.
Seting Apple untuk app pihak ketiga
Sesetengah seting untuk app pihak ketiga boleh diuruskan dalam app Seting. Seting ini termasuk kefungsian peranti Apple yang app boleh akses dan gunakan. Beberapa contoh termasuk akses kepada Lokasi, Kenalan, Foto atau keupayaan untuk menghantar pemberitahuan.
Untuk menguruskan seting ini, buka Seting > skrol ke bawah, kemudian ketik pada app yang anda mahu uruskan.
Seting pihak ketiga hanya tersedia in-app
Sesetengah seting app pihak ketiga tidak boleh diuruskan melalui Apple dan sebaliknya hanya boleh diuruskan secara terus in-app. Untuk menguruskan cara app pihak ketiga berkongsi maklumat dengan orang lain, buka app dan navigasi ke seting akaun. Seting ini mungkin disenaraikan di bawah nama lain seperti “Keutamaan” dan sesetengah seting mungkin disenaraikan dalam bahagian berbeza seting akaun. Kawasan penting untuk disemak adalah mana-mana seting keselamatan, perlindungan, privasi, perkongsian data dan kebolehtemuan. Untuk sesetengah app, mencari artikel sokongan atau soalan lazim mereka adalah penting untuk mencari semua seting tersedia untuk diuruskan.
Nota: Dalam sesetengah kes, seting tertentu seperti memadam akaun anda atau meminta salinan data anda mungkin hanya tersedia untuk diuruskan melalui tapak web pembangun app pihak ketiga. Jika anda mahu menukar seting akaun, anda mesti daftar masuk ke tapak web app pihak ketiga dan kemas kini seting dari sana.
Menyekat, menyenyapkan dan mengeluarkan rakan
Menguruskan perhubungan dalam ekosistem Apple tidak dilanjutkan ke individu dan komunikasi dalam app pihak ketiga. Contohnya, menyekat seseorang dalam Mesej, Telefon atau FaceTime tidak menjadikan mereka disekat di Instagram. Perhubungan itu mesti diuruskan dari dalam app pihak ketiga itu sendiri. Semak tapak sokongan app pihak ketiga untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menyekat, menyenyapkan atau mengeluarkan rakan pengguna secara sementara atau kekal.