Senarai Semak 2: Urus maklumat lokasi
Jika anda menggunakan iPhone dengan iOS 15 atau lebih lama, gunakan senarai semak ini untuk mengehadkan orang yang boleh melihat lokasi anda atau untuk berhenti berkongsi lokasi anda sepenuhnya. Jika anda menggunakan iPhone dengan iOS 16 atau lebih baharu, lihat Semakan Keselamatan.
Jika anda tidak mempunyai versi terkini iOS, iPadOS, atau macOS dan bimbang seseorang mungkin mempunyai akses fizikal kepada peranti, anda boleh memulihkan peranti ke seting kilang. Pemulihan kilang memadamkan semua maklumat dan seting pada peranti anda. Ini termasuk mengeluarkan sebarang app yang dipasang tanpa pengetahuan anda dan mengeset semula seting privasi anda supaya anda tidak berkongsi lokasi dengan sebarang orang atau app. Pemulihan kilang juga memasangkan versi terkini sistem pengendalian. Untuk memulihkannya ke seting kilang, lihat Pulihkan peranti kepada seting kilang.
Untuk berhenti berkongsi lokasi anda dengan semua app dan perkhidmatan walaupun untuk tempoh yang singkat, pergi ke Seting > Privasi > Perkhidmatan Lokasi dan nyahaktifkan perkongsian lokasi. Perkara ini menghentikan semua app pada peranti anda, malahan Peta, daripada menggunakan lokasi anda. Tiada siapa akan dimaklumkan jika anda menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi, tetapi sesetengah ciri mungkin tidak berfungsi seperti yang dijangka tanpa akses ke lokasi anda.
Nota: Anda juga boleh menyahaktifkan Cari iPhone Saya buat sementara waktu dalam tab yang sama jika anda bimbang seseorang mungkin mempunyai akses kepada akaun iCloud anda. Dalam senarai app menggunakan Perkhidmatan Lokasi, ketik Cari, kemudian pilih Jangan.
Untuk berhenti berkongsi lokasi anda dengan app dan perkhidmatan tertentu, pergi ke Seting > Privasi > Perkhidmatan Lokasi, kemudian pilih app dan perkhidmatan yang anda mahu berhenti berkongsi. Ketik nama app, kemudian di bawah Benarkan Akses Lokasi, pilih Jangan.
Untuk berhenti berkongsi lokasi anda dengan orang tertentu, buka app Cari , ketik Orang, pilih orang, kemudian ketik Henti Berkongsi Lokasi Saya di bahagian bawah skrin.
Jika anda mula—dan kemudian berhenti—berkongsi lokasi anda dalam Cari, orang tersebut tidak akan dimaklumkan dan tidak boleh melihat anda dalam senarai rakan mereka. Jika anda mendayakan semula perkongsian, mereka akan menerima pemberitahuan yang anda telah memulakan perkongsian lokasi anda dengan mereka.
Untuk berhenti berkongsi anggaran masa ketibaan (ETA) dalam Peta, buka Peta, pilih Kegemaran untuk membuka tetingkap yang mengandungi semua lokasi yang anda telah tetapkan sebagai Kegemaran. Ketik bersebelahan setiap lokasi yang anda ingin semak seting perkongsian ETA automatik, kemudian skrol ke bawah ke bahagian Kongsi ETA dan keluarkan orang yang anda ingin berhenti berkongsi.
Untuk menyemak peranti dan aksesori yang tersedia pada masa ini melalui Cari bagi sesiapa yang mempunyai akses kepada Akaun Apple anda, pergi ke Cari, ketik Peranti dan semak senarai. Jika terdapat peranti yang anda tidak kenali dan mahu mengeluarkannya, ketik peranti tersebut dan ketik Keluarkan Peranti Ini.
Nota: Jika anda sebahagian daripada Kumpulan Perkongsian Keluarga, ahli kumpulan perkongsian anda yang telah membenarkan anda melihat lokasi peranti mereka akan disenaraikan, diasingkan mengikut nama pemilik.
Apabila foto dan video yang menyertakan metadata lokasi dikongsi, orang yang anda berkongsi metadata mungkin dapat mengakses metadata lokasi dan mengetahui lokasi ia diambil. Jika anda bimbang tentang seseorang mempunyai akses kepada metadata lokasi yang dikaitkan dengan foto atau video, anda boleh mengeluarkan metadata semasa dan menghentikannya daripada dikongsi pada masa depan.