Pulihkan peranti kepada seting kilang
Jika anda bimbang seseorang mungkin mempunyai akses fizikal kepada peranti anda, mengusik keselamatan terbina dalamnya dan memasang perisian hasad seperti perisian penghendap, anda boleh memulihkan peranti kepada seting kilang. Ini membantu memastikan bahawa peranti anda hanya boleh diakses oleh anda.
PENTING:
Reset kilang memadam semua kandungan dan seting. Sebelum memulihkan peranti kepada seting kilang, jalankan Uruskan Perkongsian & Akses Semakan Keselamatan. Isu yang anda bimbang mungkin berkaitan dengan seting perkongsian atau akses app yang anda tidak menyedari telah ditetapkan.
Jika anda memadam semua kandungan dan seting kerana anda bimbang peranti anda diusik dan mempunyai perisian hasad dipasangkan, jangan pulihkan daripada sandaran. Memulihkan daripada sandaran mungkin memasang semula perisian hasad yang anda cuba untuk keluarkan.
Pemulihan kilang:
Memadamkan semua data yang disimpan pada peranti, termasuk data Face ID dan Touch ID, kod laluan dan kata laluan, mesej, e-mel, foto, fail, media dan banyak lagi
Mengeluarkan semua app, termasuk mana-mana yang dipasang tanpa pengetahuan anda
Mereset seting privasi anda supaya anda tidak berkongsi lokasi dengan mana-mana orang atau app
Memasang versi terkini perisian sistem pengoperasian (tidak kira versi yang dipasang sebelum ini)
Keperluan:
Akses internet
Kod laluan atau kata laluan peranti
Kata laluan Akaun Apple
Masa
Jika anda mahu menggunakan Padam Semua Kandungan dan Seting pada Mac, anda mesti mempunyai macOS 12.0.1 atau lebih baharu. Sebagai alternatif, anda boleh memadamkan Mac anda. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Utiliti Cakera untuk memadamkan Mac dengan Apple silicon dan Gunakan Utiliti Cakera untuk memadamkan Mac berasaskan Intel.
Ketahui cara: Untuk melihat tugas di bawah, pilih butang tambah bersebelahan tajuknya.
Untuk iPhone dan iPad
Pulihkan iPhone atau iPad anda kepada seting menggunakan komputer — artikel Sokongan Apple
Untuk Mac
Padam Mac anda (macOS 12.0.1 atau lebih baharu)—Keluarkan kandungan, seting dan sebarang app yang anda pasang tanpa memasang semula macOS untuk memulihkannya kepada seting kilang.
Padam Mac anda untuk memadam kandungan (app, data) dan seting (contohnya, sebelum anda menjual, bertukar beli atau memberinya).
Padam dan pasang semula macOS untuk Mac dengan Apple silicon atau Mac berasaskan Intel.
Gunakan Utiliti Cakera untuk memadamkan Mac dengan Apple silicon — artikel Sokongan Apple
Gunakan Utiliti Cakera untuk memadamkan Mac berasakan Intel — artikel Sokongan Apple