Amaran imej dan video sensitif
Amaran Kandungan Sensitif membantu pengguna dewasa mengelak daripada melihat imej dan video bogel yang tidak diingini apabila menerimanya dalam Mesej, dalam AirDrop, dalam mesej video FaceTime dan dalam app Telefon semasa menerima Poster Kenalan—semuanya menggunakan teknologi melindungi privasi yang sama pada teras Keselamatan Komunikasi. Ciri ini adalah pilihan dan boleh diaktifkan oleh pengguna dalam seting Privasi & Keselamatan.
Anda (atau ahli keluarga) menerima amaran sebelum menerima atau menghantar foto seks eksplisit. Dalam Masa Skrin, anda juga boleh menyekat kandungan yang tidak sesuai dan mengesetkan pengehadan untuk pembelian. Lihat Benarkan atau sekat komunikasi pada peranti ahli keluarga dalam Panduan Pengguna iPhone.
Sediakan Amaran Kandungan Sensitif pada iPhone, iPad atau Mac
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad anda: Pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan , kemudian ketik Amaran Kandungan Sensitif.
Pada Mac anda dengan macOS 13 atau lebih baharu: Pilih menu Apple , klik Seting Sistem, klik Privasi & Keselamatan , kemudian klik Amaran Kandungan Sensitif.
Pada Mac anda dengan macOS 12 atau lebih lama: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem > Keselamatan & Privasi , kemudian klik Amaran Kandungan Sensitif.
Skrol ke bawah dan ketik Amaran Kandungan Sensitif, kemudian aktifkan Amaran Kandungan Sensitif.
Pilih untuk menyahaktifkan atau mengaktifkan kebenaran bagi mengesan kandungan sensitif sebelum ia boleh dilihat dan untuk menerima bimbingan bagi membuat pilihan yang selamat.