Tambah alat pengeditan ke Foto pada Mac
Anda boleh memuat turun dan memasang sambungan app (juga dipanggil plugin) untuk memberikan alat pengeditan baru dalam Foto. Sebagai contoh, app pihak ketiga mungkin membekalkan penapis khusus atau pelarasan foto lain.
Muat turun dan tambahkan app daripada App Store
Dalam app Foto pada Mac anda, dwiklik foto, kemudian klik Edit dalam bar alat.
Klik butang Sambungan dalam bar alat pengeditan.
Pilih App Store dan cari app yang anda mahu tambahkan ke Foto, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk memuat turun dan membuka app.
App kini muncul apabila anda mengklik butang Sambungan dalam bar alat pengeditan dalam Foto. Jika app tidak muncul, lihat Aktifkan atau nyahaktifkan sambungan app.
Gunakan app pihak ketiga semasa mengedit foto
Dalam app Foto pada Mac anda, dwiklik foto, kemudian klik Edit dalam bar alat.
Klik butang Sambungan dalam bar alat pengeditan, kemudian pilih app yang anda mahu gunakan.
Ikut arahan atas skrin apabila membuka app.
Anda boleh menggunakan kombinasi app dan alat pengeditan terbina dalam Foto untuk menukar foto. Apabila anda klik butang Sambungan dalam bar alat mengedit dan memilih app, sambungan atau app terbuka dengan foto anda aktif. Buat perubahan anda, simpan foto dan tutup tetingkap app. Dalam tetingkap Foto yang menunjukkan perubahan anda, klik Simpan Perubahan dan foto yang diubah muncul dalam paparan editan. Selepas mengedit foto, anda boleh memulihkan yang asal dengan mengklik Tukar ke Asal.
Aktifkan atau nyahaktifkan sambungan app
Dalam app Foto pada Mac anda, dwiklik foto, kemudian klik Edit dalam bar alat.
Klik butang Sambungan dalam bar alat pengeditan, pilih Uruskan, kemudian klik Pengeditan Foto.
Pilih kotak semak sambungan app yang anda mahu gunakan.
App kini muncul apabila anda mengklik butang Sambungan dalam bar alat pengeditan dalam Foto. Nyahpilih kotak semak untuk menyahaktifkan sambungan tersebut.