Tukar Live Photo dalam Foto pada Mac
Anda boleh mengedit Live Photo dengan cara yang sama anda mengedit foto lain. Pengeditan yang anda buat pada Live Photo digunakan pada gambar pegun dan video dalam Live Photo.
Nota: Perubahan yang anda lakukan dengan alat kemas semula, alat mata merah dan alat penanda hanya mempengaruhi imej pegun.
Anda boleh:
Pangkas panjang video
Aktifkan atau nyahaktifkan audio
Tukar imej pegun yang anda lihat untuk Live Photo
Jadikan foto gelung, melantun dan simulasikan pendedahan panjang
Gunakan penapis
Pangkas dan luruskan imej
Gunakan pelarasan
Perubahan ini digunakan pada seluruh video.
Dalam app Foto pada Mac anda, dwiklik Live Photo, kemudian klik Edit dalam bar alat.
Untuk Live Photo yang juga foto mod Potret, klik di bawah foto untuk memaparkan alat pengeditan Live Photo.
Gunakan alat pengeditan untuk membuat perubahan.
Untuk menukar main balik Live Photo, klik Laras dalam bar alat, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Pangkas panjang video: Seret hujung gelangsar untuk menukar tempat video mula dan tamat.
Aktifkan atau nyahaktifkan audio: Klik butang Speaker.
Pilih bingkai video sebagai Foto Utama: Seret penunjuk main ke bingkai yang anda mahukan, kemudian pilih Foto Utama.
Jadikan Live Photo gelung, melantun atau simulasikan pendedahan panjang: Klik menu timbul Langsung, kemudian pilih kesan yang anda mahukan.
Tukar Live Photo kepada imej pegun: Klik butang Live Photo di bahagian bawah tetingkap.
Selepas mengedit Live Photo, anda boleh memulihkannya ke asal dengan mengklik Tukar ke Asal.