Cari foto dan video mengikut tarikh pada Mac
Anda boleh mencari dan melayari menerusi foto dan video yang diambil pada tarikh tertentu—tahun, bulan atau hari—dalam app Foto.
Lihat foto dan video daripada hari terbaru
Anda boleh menemui foto dan video disusun mengikut tarikh dalam koleksi Hari.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Klik Hari dalam bar sisi.
Dwiklik koleksi hari untuk melihat foto dan video daripada hari tersebut.
Klik untuk melihat hari lain.
Apabila anda membuka koleksi hari, anda melihat ringkasan foto terbaik harian. Untuk melihat semua foto yang anda ambil pada hari tersebut, klik Semua dalam bar alat.
Layari foto dan video anda anda mengikut bulan atau tahun
Anda boleh melayari foto dan video dalam pustaka peribadi anda, pustaka dikongsi anda atau kedua-duanya. Untuk melayari pustaka peribadi dan pustaka dikongsi anda, pilih Paparan > Kedua-dua Pustaka.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Klik Pustaka dalam bar sisi.
Dalam bar alat, klik satu daripada berikut:
Tahun: Pergi ke tahun khusus dalam pustaka foto anda dengan cepat.
Bulan: Lihat foto yang dikumpulkan mengikut bulan dan disusun mengikut hari atau lokasi foto diambil.
Semua Foto: Lihat semua foto dan video anda dalam grid, dalam tertib kronologi.
Dwiklik bulan atau tahun untuk melihat foto di dalamnya.
Pada trackpad, anda boleh cubit buka atau tutup pada bulan atau tahun untuk menukar paparan.
Untuk menggunakan Cari dalam Foto bagi mencari bulan dan tahun khusus dengan cepat—seperti “Disember” atau “Disember 2023”—lihat Cari foto dan video.