Gunakan Teks Langsung untuk berinteraksi dengan teks dalam foto pada Mac
Dalam Foto, anda boleh menggunakan Teks Langsung untuk menyalin dan menggunakan teks yang kelihatan dalam foto. Sebagai contoh, anda boleh menyalin teks papan tanda tepi jalan dan menampalnya ke dalam mesej teks atau e-mel.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Buka foto yang menunjukkan teks.
Tempatkan penuding di atas teks, kemudian seret untuk memilihnya.
Control-klik pilihan anda, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Salin teks: Pilih Salin (atau tekan Command-C).
Anda kemudian boleh menampal teks ke dalam dokumen atau app lain.
Rujuk makna teks: Pilih Rujuk [teks].
Terjemahkan teks: Pilih Terjemahkan [teks], kemudian pilih bahasa.
Nota: Terjemahan tidak tersedia dalam semua bahasa dan mungkin tidak tersedia di sesetengah negara atau rantau.
Cari web untuk teks: Pilih Cari dengan [enjin carian web].
Kongsi teks dengan orang lain: Pilih Kongsi, kemudian pilih cara anda mahu berkongsi teks.
Hubungi nombor telefon: Pilih untuk memanggil nombor, memulakan panggilan video atau audio FaceTime, atau menghantar mesej kepada nombor.
Hubungi alamat e-mel: Pilih untuk mengarang e-mel atau menambah alamat e-mel kepada Kenalan.
Pergi ke tapak web: Buka pautan dalam pelayar anda atau gunakan Lihat Cepat untuk melihat maklumat tapak web.