Apakah Perkongsian Foto iCloud?
Dengan Perkongsian Foto iCloud, anda boleh cipta album dikongsi dan jemput orang lain untuk melihatnya dengan mudah. Orang yang anda jemput boleh lihat album anda dari sebarang Mac, PC, atau peranti iOS pada bila-bila masa. Jika mereka daftar masuk ke iCloud dengan Apple ID mereka, mereka boleh suka foto anda, tambah komen—dan, jika anda telah membenarkannya, tambah foto dan klip video mereka sendiri ke album. (Jika para jemputan anda tidak mendaftar masuk ke iCloud, mereka masih boleh melihat foto dan video dikongsi anda jika anda sediakan tapak web awam.)
Begini caranya ia berfungsi: Mula-mula, aktifkan Perkongsian Foto iCloud di mana sahaja yang anda ingin gunakannya—pada Mac, peranti iOS atau PC anda. (Untuk menggunakan iCloud pada Windows PC anda, anda perlu pasang iCloud untuk Windows. Untuk maklumat lanjut, lihat Pasangkan iCloud untuk Windows. Kemudian, pilih foto atau video yang anda ingin kongsi dalam Foto, cipta album dikongsi baru dan masukkan alamat e-mel rakan anda. Rakan anda terima jemputan untuk melanggan album dikongsi anda. Apabila mereka terima (jika mereka mendaftar masuk ke iCloud), album dikongsi muncul dalam app Foto mereka, di mana mereka boleh lihat, suka dan komen pada foto dalam album—dan mereka juga boleh tambah foto ke album dikongsi. Apabila anda (atau pelanggan anda) tambah item ke album dikongsi, ia muncul pada semua peranti pelanggan anda secara automatik.
Perkongsian Keluarga
Anda juga boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk pastikan ahli keluarga anda terkini mengenai semua peristiwa terbaru, foto penting dan acara yang tidak dapat dilupakan dalam hidup anda. Apabila anda aktifkan Perkongsian Keluarga dan tetapkan keluarga dalam keutamaan iCloud dalam macOS, album Keluarga dicipta bawah Dikongsi dalam bar sisi. Semua ahli keluarga yang melanggan boleh menambah foto, klip video dan komen ke album, terus dari Foto dengan mudah. Setiap kali ahli keluarga tambah item atau komen, peranti semua orang dikemas kini.