Daftar masuk dan urus akaun anda dalam Podcast pada Mac
Apabila anda mendaftar masuk ke Podcast dengan Apple ID, anda boleh melihat dan mengurus maklumat akaun anda. Jika anda tidak mempunyai Apple ID dan mahu mencipta satu, lihat Cipta Apple ID.
Nota: Jika anda telah mendaftar masuk ke app Muzik atau Apple TV, anda mendaftar masuk ke Podcast secara automatik.
Daftar masuk ke Podcast
Dalam app Podcast pada Mac anda, pilih Akaun > Daftar Masuk.
Ikuti arahan atas skrin untuk memasukkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian klik Daftar Masuk.
Untuk mendaftar keluar daripada Podcast, daftar keluar daripada iCloud.
Nota: Apabila anda mendaftar keluar daripada app Muzik atau Apple TV, anda juga didaftar keluar daripada Podcast.
Lihat dan tukar maklumat akaun anda
Anda boleh menukar nama, kata laluan atau maklumat pengebilan Apple ID anda pada bila-bila masa. Anda juga boleh menukar negara atau rantau anda.
Dalam app Podcast pada Mac anda, pilih Akaun > Lihat Apple ID untuk membuka seting Media & Pembelian.
Klik Urus bersebelahan Akaun. (Anda mungkin perlu mendaftar masuk.)
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tukar nama atau kata laluan Apple ID anda: Klik “Edit di appleid.apple.com”.
Tukar maklumat bayaran anda: Klik Uruskan Bayaran.
Tukar alamat pengebilan anda: Klik Edit.
Tukar negara atau rantau anda: Klik Tukar Negara atau Rantau.
Untuk melihat dan menukar langganan anda, lihat Langgan rancangan atau saluran.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Podcast melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih kandungan yang anda kongsi, pilih Bantuan > Perihal Apple Podcasts & Privasi.