Tukar seting dalam Podcast pada Mac
Dalam app Podcast pada Mac anda, gunakan seting Podcast untuk menukar pelbagai pilihan.
Umum
Gunakan anak tetingkap Umum dalam seting Podcast untuk menukar pilihan bagi penyelarasan dan memuat turun episod.
Untuk menukar seting ini, pilih Podcast > Seting, kemudian klik Umum.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Selaraskan Pustaka | Selaraskan sebarang perubahan yang anda lakukan ke podcast yang anda ikuti, stesen dan kedudukan main semasa anda ke setiap Mac, iPhone, iPad, atau iPod touch yang anda daftar masuk ke Akaun Apple yang sama. Lihat Dengar podcast pada semua peranti anda. Jika anda mempunyai iPod classic, iPod nano, atau iPod shuffle, anda perlu menyelaraskan peranti anda dengan Mac anda untuk menambah podcast dan kandungan lain padanya. Lihat Selaraskan podcast antara Mac anda dan iPhone, iPad atau iPod touch. | ||||||||||
Muat Turun Apabila Menyimpan | Muat turun episod apabila menyimpannya. | ||||||||||
Keluarkan Muat Turun Dimainkan | Padamkan episod yang dimuat turun secara automatik 24 jam selepas anda memainkannya. | ||||||||||
Muat Turun Secara Automatik | Pilih sama ada untuk memuat turun episod secara automatik daripada rancangan yang anda ikuti dan bilangan episod untuk disimpan. |
Main Balik
Gunakan anak tetingkap Main Balik dalam seting Podcast untuk menentukan main balik, butang langkau dan pilihan kawalan fon kepala.
Untuk menukar seting ini, pilih Podcast > Seting, kemudian klik Main Balik.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Main Balik Berterusan | Pilih perkara yang berlaku apabila episod tamat.
| ||||||||||
Butang Langkau | Pilih jumlah masa butang Langkau ke Depan dan Langkau ke Belakang pergi dalam podcast, daripada 10 saat hingga 60 saat. | ||||||||||
Kawalan Fon Kepala | Pilih cara fon kepala mengawal podcast.
|
Lanjutan
Gunakan anak tetingkap Lanjutan dalam seting Podcast untuk menentukan pilihan bagi menyembunyikan episod dimainkan dan menunjukkan Cadangan Siri.
Untuk menukar seting ini, pilih Podcast > Seting, kemudian klik Lanjutan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sembunyikan Episod Dimainkan | Sembunyikan episod yang anda mainkan sepenuhnya atau ditandakan sebagai dimainkan. (Seting ini hanya digunakan pada rancangan yang anda ikuti.) | ||||||||||
Tunjukkan Cadangan Siri | Benarkan Siri mempelajari dan membuat cadangan berdasarkan penggunaan Podcast oleh anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Apple melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Siri & Spotlight dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), klik Cadangan Siri & Privasi, kemudian klik Perihal Siri & Privasi. |