Cari podcast pada Mac
Podcast ialah rancangan audio atau video—serupa dengan radio dan rancangan TV—yang anda boleh strim dan mainkan pada Mac anda. Anda boleh mencari podcast tentang hampir semua perkara, termasuk sains, berita, komedi dan banyak lagi. Temui saluran (koleksi rancangan yang daripada pencipta podcast).
Ikuti rancangan kegemaran anda dan dengar episod baharu apabila ia dikeluarkan. Anda juga boleh memuat turun episod ke pustaka anda dan mendengarnya walaupun apabila anda tidak bersambung ke internet.
Petua: Untuk meneroka pelbagai rancangan dengan cepat, klik medan carian untuk melayari mengikut kategori atau Layari dalam bar sisi.
Dalam app Podcast pada Mac anda, klik dalam medan carian di bahagian atas bar sisi (atau tekan Command-F), kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih daripada kategori: Pilih topik, seperti Komedi atau Sukan.
Cari semua podcast: Masukkan perkara yang anda cari, kemudian pilih cadangan atau tekan Return. Klik Semua Podcast di sebelah kanan.
Cari pustaka anda: Masukkan perkara yang anda cari, kemudian pilih cadangan atau tekan Return. Klik Pustaka Anda.
Daripada hasil carian, lakukan mana-mana yang berikut:
Mainkan rancangan atau episod: Tahan penuding di atas rancangan atau episod, kemudian klik butang Main . Lihat Dengar podcast.
Lihat butiran rancangan atau episod: Dalam bahagian Rancangan, klik pautan tajuk di bawah rancangan; dalam bahagian Episod, klik pautan tajuk bersebelahan episod.
Lihat butiran saluran: Dalam bahagian Saluran, klik saluran. (Langganan mungkin diperlukan untuk akses penuh.) Lihat Langgan rancangan atau saluran.
Nota: Bukan semua kandungan dan ciri tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Langgan rancangan atau saluran: Pilih rancangan atau saluran, kemudian klik tawaran langganan yang tersedia daripada pencipta podcast.
Ikuti rancangan: Tahan penuding di atas rancangan, klik butang Lagi rancangan, kemudian pilih Ikuti Rancangan. Lihat Ikuti atau nyahikuti rancangan.
Lihat lebih hasil: Klik anak panah kanan bersebelahan Hasil Teratas, Rancangan, Saluran atau Episod.
Siri: Cakap sesuatu seperti: “Podcast apa ini?” Ketahui cara untuk menggunakan Siri.
Nota: Sesetengah podcast mungkin menyertakan bahan untuk pendengar matang, seperti kandungan dengan bahasa eksplisit atau tema dan situasi dewasa. Untuk mengehadkan akses kepada jenis kandungan ini, lihat Hadkan akses kepada podcast dengan kandungan eksplisit.