Dengar podcast pada semua peranti anda
Anda boleh melihat rancangan yang anda ikuti, langganan saluran anda, stesen anda, serta kedudukan main semasa pada Mac, iPhone, iPad dan iPod touch apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada setiap peranti.
Pada Mac anda: Dalam app Podcast , pilih Podcast > Seting, klik Umum, kemudian pastikan Selaraskan Pustaka dipilih.
Pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda: Pergi ke Seting > Podcast, kemudian pastikan Selaraskan Pustaka diaktifkan.
Maklumat podcast anda diselaraskan ke app Podcast pada semua peranti anda apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Podcast melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih kandungan yang anda kongsi, pilih Bantuan > Perihal Apple Podcasts & Privasi.
Jika anda mempunyai iPod classic, iPod nano, atau iPod shuffle, anda perlu menyelaraskan peranti anda dengan Mac anda untuk menambah podcast dan kandungan lain padanya. Lihat Selaraskan podcast antara Mac anda dan iPhone, iPad atau iPod touch.