Gunakan baris gilir Main Seterusnya dalam Podcast pada Mac
Semasa mendengar podcast, anda boleh menggunakan baris gilir Main Seterusnya untuk melihat dan menukar episod (atau bab dalam episod) yang dimainkan seterusnya.
Gunakan baris gilir Main Seterusnya
Dalam app Podcast pada Mac anda, klik sebarang pilihan dalam bar sisi.
Tahan penuding di atas rancangan yang anda ikuti atau sebarang episod, klik butang Lagi , kemudian pilih Main Seterusnya atau Main Terakhir.
Rancangan atau episod ditambah ke bahagian atas baris gilir Main Seterusnya (jika anda memilih Main Seterusnya) atau di bahagian bawah baris gilir (jika anda memilih Main Terakhir).
Klik butang Main Seterusnya di bahagian penjuru kanan atas tetingkap Podcast, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Mainkan episod (atau bab dalam episod) dalam baris gilir: Klik episod atau bab.
Nota: Sesetengah rancangan menyertakan bab dalam episod, yang membenarkan anda untuk pergi ke bahagian tertentu episod dengan cepat.
Tukar tertib episod yang anda tambah secara manual ke baris gilir: Seret episod dengan butang Susun Semula .
Baris gilir Main Seterusnya muncul atas skrin sehingga anda klik lagi untuk menutupnya.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti:
“Mainkan episod seterusnya”
“Mainkan episod terbaru podcast ‘Here’s Something Good’”
Keluarkan episod daripada baris gilir Main Seterusnya
Dalam app Podcast pada Mac anda, klik butang Main Seterusnya di penjuru kanan atas tetingkap Podcast, leret ke kiri dengan dua jari pada episod dalam baris gilir (jika anda mempunyai trackpad atau Magic Mouse), kemudian klik Keluarkan.