Keluarkan episod disimpan atau dimuat turun dalam Podcast pada Mac
Anda boleh mengeluarkan episod disimpan daripada pustaka anda apabila anda tidak lagi mahu mendengarnya. Anda juga boleh memadamkan episod dimuat turun untuk menjimatkan ruang storan.
Keluarkan episod disimpan
Dalam app Podcast pada Mac anda, klik Disimpan di bawah Pustaka dalam bar sisi, kemudian lakukan satu daripada berikut untuk mengeluarkan episod individu:
Tahan penuding di atas episod, kemudian klik butang Nyahsimpan .
Klik butang Lagi , kemudian pilih Nyahsimpan Episod.
Petua: Anda boleh mengeluarkan lebih daripada satu episod pada satu masa. Untuk memilih berbilang episod bersebelahan antara satu sama lain, klik item pertama yang anda mahu pilih, tekan dan tahan kekunci Shift, kemudian klik item terakhir. Untuk memilih berbilang episod yang bukan bersebelahan antara satu sama lain, tekan dan tahan kekunci Command, kemudian klik item. Control-klik episod dipilih, kemudian pilih Nyahsimpan Episod.
Padam episod dimuat turun daripada rancangan khusus
Dalam app Podcast pada Mac anda, klik Dimuat Turun di bawah Pustaka dalam bar sisi, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Padamkan episod dimuat turun: Pilih rancangan, tahan penuding di atas episod, kemudian klik butang Keluarkan Muat Turun .
Padam berbilang episod untuk rancangan: Pilih rancangan yang mengandungi episod yang anda mahu padamkan, pilih episod, kemudian Control-klik pilihan. Klik Keluarkan Muat Turun.
Padam semua episod dimuat turun untuk rancangan: Tahan penuding di atas rancangan yang mengandungi episod yang anda mahu padam, klik butang Lagi , kemudian klik Keluarkan Muat Turun.
Padamkan semua episod dimuat turun anda pada masa yang sama
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Perihal Mac Ini, kemudian klik tab Storan.
Klik Urus, kemudian klik Podcast dalam bar sisi.
Tekan Command-A untuk memilih semua episod, kemudian klik Padam.
Anda juga boleh memilih sama ada untuk memadamkan episod yang anda telah dengar secara automatik serta tempoh masa untuk menyimpan episod dimuat turun. Lihat Tukar keutamaan Umum.