Hadkan akses ke podcast pada Mac
Anda boleh mengehadkan akses ke podcast dengan kandungan eksplisit, atau menghalang kanak-kanak daripada menggunakan app Podcast:
Apabila anda menggunakan Masa Skrin dan Perkongsian Keluarga, anda boleh mengurus dan memantau peranti kanak-kanak secara jauh daripada akaun anda pada sebarang Mac, iPhone, atau iPad.
Jika anda tidak menggunakan Perkongsian Keluarga, anda masih boleh menyediakan Masa Skrin untuk kanak-kanak dengan melog masuk ke akaun Mac mereka.
Hadkan akses ke podcast
Pada Mac anda, lakukan salah satu daripada berikut:
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga dan anda ialah pengelola keluarga: Log masuk sebagai pentadbir, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Jika anda tidak menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac kanak-kanak, kemudian pilih menu Apple > Seting Sistem.
Klik Masa Skrin dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, klik menu timbul di sebelah kanan dan pilih anak. Jika tidak, langkau ke langkah 5.
Jika butang Sediakan Masa Skrin untuk Anak Anda kelihatan, kliknya dan ikuti arahan atas skrin.
Klik Kandungan & Privasi, kemudian aktifkan pilihan jika ia belum diaktifkan.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Hadkan podcast dengan kandungan eksplisit: Klik Pengehadan Kedai, kemudian nyahaktifkan Benarkan Muzik, Podcast dan Berita Eksplisit.
Nyahaktifkan app pada iPhone atau iPad kanak-kanak: Klik Pengehadan App & Ciri, kemudian nyahaktifkan Benarkan Podcast dalam bahagian Dibenarkan pada iOS.
Lihat bahagian Masa Skrin pada panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch. Jika peranti tidak mempunyai versi iOS atau iPadOS terkini, dapatkan panduan pengguna daripada Tapak web Manual Sokongan Apple.