buka PDF atau imej
Anda boleh buka pdf dan fail imej dalam beberapa cara dalam Pratonton.
Daripada desktop: Dwiklik fail PDF atau imej; ia dibuka dalam Pratonton secara lalai. Anda juga boleh memilih fail, kemudian pilih Fail > Buka Dengan > Pratonton.
Daripada dalam Pratonton: Pilih Fail > Buka, cari dan pilih fail yang anda mahu buka, kemudian klik Buka.
Untuk membuka fail yang anda baru bekerja dengan, pilih Fail > Buka Terbaru.
Daripada iCloud: Klik iCloud Drive dalam bar sisi Finder, kemudian dwiklik PDF untuk membuka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bekerja dengan fail dalam iCloud, lihat Gunakan iCloud Drive untuk menyimpan dokumen.