Simpan PDF dan imej dalam Pratonton pada Mac
Pratonton menyimpan perubahan secara automatik untuk anda semasa anda bekerja, tetapi anda juga boleh menyimpan dokumen secara manual. Apabila anda mengedit fail, Pratonton menyimpan versi sekurang-kurangnya setiap jam (lebih kerap sekiranya anda membuat perubahan ketara). Pratonton juga menyimpan versi apabila anda membuka dokumen, menyimpan atau menduplikasi dokumen, mengunci atau menukar nama dokumen, atau kembali ke versi sebelumnya.
Pergi ke app Pratonton pada Mac anda.
Pilih Fail > Simpan.
Untuk menyimpan fail menggunakan nama fail yang berbeza, tekan dan tahan kekunci Option, pilih Fail > Simpan Sebagai, kemudian masukkan nama. Pilih tempat anda mahu menyimpan fail, pilih format fail, kemudian klik Simpan.
Anda juga boleh menyimpan dokumen dengan nama fail baharu atau menukar lokasinya. Tahan penuding ke atas tajuk dokumen dan klik di sebelah kanan.