Jika imej atau PDF bukan dengan saiz yang betul
Secara lalai, dalam Pratonton, PDF dipaparkan dalam saiz yang sama pada skrin dan dalam cetakan, tidak kira resolusi paparan dan imej dipaparkan menunjukkan 1 titik pada skrin untuk 1 titik pada imej. Contohnya, PDF bersaiz 8.5 kali 11 inci sentiasa muncul pada skrin dengan saiz 8.5 kali 11 inci dan imej dipaparkan dengan satu saiz pada skrin dan saiz lain apabila dicetak. Variasi ini mungkin membuatkan anda terfikir yang fail PDF atau imej salah saiz.
Anda boleh tukar seting lalai skala 100% mengikut kemahuan anda.
Pilih Pratonton > Keutamaan.
Untuk memilih bagaimana untuk paparkan dokumen, klik PDF atau Imej, kemudian pilih pilihan di sebelah “Mentakrif skala 100% sebagai.”
Untuk memaparkan PDF atau imej dalam dimensi yang sama tanpa mengira resolusi skrin, pilih “Saiz pada skrin bersamaan saiz cetakan.”
Untuk memaparkan PDF atau imej pada dimensi yang berlainan bergantung kepada resolusi skrin, pilih “1 titik bersamaan 1 piksel skrin.”